...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ini BroZooL ingin berkongsi dengan anda sekalian bagaimana untuk lajukan blog dengan link yang betul atau dengan perkataan lain, bagaimana nak pastikan setiap connection link yang anda buat di blog anda adalah betul atau tidak? Ramai yang tidak tahu perkara ini sebenarnya dan kali ini BroZooL nak buka rahsia ini di mana, dengan cara ini anda akan rasa perbezaannya. Tips ini berguna untuk melajukan WordPress dan melajukan Blogspot.

link2

Perhatikan setiap link yang anda lakukan di blog anda atau semasa anda membuat link baru…kebiasaannya mesti anda akan lakukan seperti ini…

BUKA
<a href=”https://www.azizulazami.com”> ATAU <a href=”http://www.azizulazami.com/file”>

Sebenarnya link yang anda lakukan itu betul tapi caranya salah. Cara ini sebenarnya akan melambatkan proses terhadap pengecaman Server untuk mencari link tersebut dan juga menambahkan ruang code di blog anda.

Jadi, bagaimana untuk membuat link yang betul dan seterusnya melajukan blog? Di bawah ini disenaraikan beberapa link yang salah dan link yang sepatutnya anda lakukan untuk lajukan blog anda. Cuba perhatikan perbezaannya dan guna sepenuhnya.

CARA MASUKKAN LINK (UNTUK LINK LUAR SAHAJA)

<a href="http://www.azizulazami.com"> ........ SALAH
<a href="http://www.azizulazami.com/"> ....... BETUL

<a href="http://www.azizulazami.com/file"> ... SALAH
<a href="http://www.azizulazami.com/file/">... BETUL

CARA KURANGKAN RUANGAN CODE (UNTUK LINK DALAMAN SAHAJA)

<a href="http://www.azizulazami.com">......... SALAH
<a href="/">.................................. BETUL

<a href="http://www.azizulazami.com/file">.... SALAH
<a href="/file/">............................. BETUL

<a href="http://www.azizulazami.com/file.html">... SALAH
<a href="/file.html">............................. BETUL

<a href="http://www.azizulazami.com/file/file.html">.. SALAH
<a href="/file/file.html">............................ BETUL

Daripada link yang BroZooL senaraikan, penggunaan tanda “Slash” atau “/” memainkan peranan yang penting di hadapan dan di hujung code anda. Tanda “/” inilah yang akan membawa Server terus mengecam destinasi yang anda hendak tuju dan mencari link tersebut. Cuba anda buat link seperti yang anda buat sebelum ini dan cuba buat seperti yang BroZooL sarankan, dan perhatikan perbezaan kelajuannya apabila sesuatu link itu dibuka.

Rasanya dah ramai yang tahu untuk membuat link kan? Jadi, BroZooL rasa tidak perlulah BroZooL sediakan screenshot untuk membuat link dan di mana sepatutnya untuk mencari code link anda. Tapi,kalau ada masalah, boleh hubungi BroZooL yer..

Anda Suka Artikel Ini ? Jangan Lupa Klik “LIKE” dan Tinggalkan Komen Anda Yer..=)

71 Responses

  1. assalammualaikum 🙂 ohh macam tu erk?? patut selalu bila cari lembab macam sipot. sipot pun laju sikit. masih info ni 🙂

  2. Assalam..
    Bagus ilmu ni…
    Sebelum ni jarang nak taip url, biasanya klik je apa yg ada terutamanya yg dah di bookmark.
    Terima kasih.

    1. Jangan buang bro, tanda palang ni la menyebabkan server senang nak cari tempat yg nak dituju, kalau xder..still server leh cari tapi lambat la…

        1. Yeke Fisrt time? Terharunya..huhu.
          Saya berkongsi ilmu yg ada jer suri, rasa puas kalau dapat tolong orang..=)
          Jangan risau Suri, ni cuma link jer kena diperbetulkan..tak kaco benda yg lain…tapi backup tu memang sentiasa kena buatla…

    1. Ada bezanya cikgu, kalau ada palang ni lambat sikit server nak detect link tu, kalau ada palang di hujung,server akan terus pergi ke destinasi yg nak dituju,jadi lebih cepat…cuba cikgu edit semula link2 yg dibuat sebelum ini satu persatu dan tengok hasilnya..=)

    1. Betul tu bro..penggunaan slash tu la mempercepatkan proses pengecaman server ke destinasi yg nak dituju..xder slash tu pun boleh gak tapi lambatla dia nak kesan..

  3. biasanya cara ni digunakan dalam theme.. contoh macam link ke gambar, akan ada …/gambar.jpg .. nampak macam tak lengkap, tapi ini cara yang betul.. namun aku amat cara guna kaedah ni kerana malas nak edit2..

    1. Betul tu bro,tak ramai yg tak tahu cara pendekkan url link ni termasuk gambar yang di link kan..pendekkan url ni penting untuk seo kita…

  4. Terima kasih atas perkongsian ini tuan. Saya tak tahu lagi pasal benda ni, nanti boleh diaplikasikan pada blog saya. Terima kasih sekali lagi.

  5. best la bro..
    kalau bab2 wordpress ni,
    memang bro la yang paling best..
    cepat2 kasik tutor wordpress lagik..
    tak sabo teman nak bace lagi ni..

      1. mungkin..mungkin bro cakap lebih ramai yang lebih bagus dari bro tapi hasil penulisan bro lebih mudah difahami so ia mesra pembaca..
        part tu yang best..
        yang lain maybe lebih kompleks, lebih mencabar untuk newcomer..

        1. Em,terima kasih atas sokongan dan pujian bro tu…=)
          Tapi blog bro pun banyak informasi yg baik,insyaAllah saya nak share beberapa artikel yg bro tulis nanti..

          1. thanks bro..
            terharu plak blogger otai macam
            bro reply sepantas kilat macam ni..
            biasa blogger2 ‘otai’ yang lain
            haram nak reply..
            terima kasih ye..
            bleh aje share..anytime bro..

    1. Em,memang akan beri kesan pada kelajuan blog, bila tak ada slash dlm setiap link yg dibuat, post yg dibuat akan jadi slow loading..

    1. Masih banyak lagi yg perlu diubah dalam blog saya ni bro..masih tak puas hati dengan kelajuan blog ini..=)

    1. Yap teha,,kena letak palang pada hujung url..contoh saya link kan tehanya blogspot dari tehanurfateha.blogspot.com ke tehanurfateha.blogspot.com/ ….
      Cuma tambah palang dibelakang url tersebut untuk mencepatkan proses pengecaman server..

  6. Saya Editor Blog Persatuan Luar Negara Yang Menggunakan Platform Blogspot …Jadi IsuNya …Adakah Sgala Link Yang Saya Post / Page Adalah Sumber Luar Negara ?…

    Saya Masih Tidak Mengerti …

    Thanks ..

  7. Maknanya kena letak palang / tu di semua hujung url kita ke bang? Kalau url kita ada php di belakang macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.