in

Cara Lajukan Loading Page Blogspot Anda!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Berita baik untuk para Blogger atau lebih tepat yang menggunakan Blogspot, BroZooL nak kongsi dengan anda sekalian untuk cara lajukan loading page blogspot anda. Walaupun BroZool lebih tumpukan pada Artikel untuk Melajukan WordPress sahaja sebelum ini, namun BroZooL tetap tidak melupakan pengguna-pengguna Blogspot lebih-lebih lagi yang banyak menyokong BroZooL.

speed

Page Loading yang berat sebenarnya bergantung pada banyak faktor dan yang paling utama adalah saiz gambar yang besar. Jadi, dengan tips yang BroZooL tunjukkan di bawah, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pengguna Blogspot untuk lajukan loading page blogspot masing-masing. Apa yang perlu anda lakukan, cuma copy dan paste sahaja code yang BroZooL tunjukkan di bawah.

Langkah 1 : Masuk ke laman Blogger anda dan buka Menu Design – Edit HTML serta klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2 : Tekan Ctrl-F pada keyboard anda dan cari code ini </head> dan masukkan code di bawah ini di atas </head> tersebut.

<script src=”https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.4/jquery.min.js” type=”text/javascript”>// <[CDATA[<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'>// ]]></script>

 

Kemudian, klik pada Save Template.

Sudah siap. Senang sahaja kan? Maaflah kerana tidak menyediakan gambar untuk tips ini. BroZooL percaya semua blogger biasa dan tahu untuk mendapatkan menu-menu yang BroZooL tunjukkan di atas. Jika ada masalah, bagitahu BroZooL yer. Jadi, cubalah lihat hasil di blogspot anda dan bandingkan page loading di blog anda dengan sebelum ini.

Untuk pengguna WordPress, boleh cuba plugin ini DI SINI dan lihat hasil di blog anda.

Anda suka Artikel ini? Jangan lupa klik “LIKE” dan tinggalkan komen anda yer…-)

Written by BroZooL

Azizul Azami Ibrahim aka BroZooL mempunyai 19 tahun pengalaman dalam bidang programming yang merangkumi Laravel, Javascript, Kotlin, ASP.Net, HTML, PHP, C#, VB.Net. Pernah bekerja sebagai IT Manager di sebuah Syarikat Oil & Gas selama 6 tahun dan sekarang adalah Usahawan Internet sepenuh masa.

49 Comments

Leave a Reply

                                        Leave a Reply

                                        Your email address will not be published. Required fields are marked *

                                        CommentLuv badge

                                        cara lajukan blog

                                        Cara Lajukan Blog Dengan Plugin Hebat

                                        Hadiah Khas Untukmu Guru !

                                        Hadiah Khas Untukmu Guru !