Tahukah anda bahawa Start-up menjadi tempat terbaik bagi virus untuk berada di dalam komputer anda?
Start-up merupakan satu daripada directory di dalam windows yang menempatkan kesemua program yang perlu dimulakan ketika komputer anda hidup. Segala program yang berada di dalam start-up wajib dijalankan oleh Operating System, hanya start-up yang dinyahaktifkan sahaja yang tidak akan dijalankan. Start-up boleh mengandungi apa-apa sahaja program mahupun Welcome Text.
Start-up directory kebiasaanya mempunyai 2 kawasan untuk berfungsi, start-up di dalam Registry dan start-up di dalam folder. Untuk mengakses start-up di dalam folder, anda boleh klik Start Menu – All program – Startup (bagi pengguna windows 7). Kemudian, paste sahaja apa-apa fail yang anda ingin letakkan di dalam folder tersebut, fail-fail tadi akan dijalankan oleh Operating System sebaik sahaja komputer anda dihidupkan.
Secara amnya, Windows menggunakan Microsoft Configure untuk mengubah system start-up. Namun, Microsoft Configure ini cuma akan disable kan start-up anda, tapi bagaimanakah anda ingin nyah-aktif atau buang sesuatu program tersebut daripada start-up tanpa disable kan program tersebut lebih-lebih lagi fail virus di startup?
Dengan menggunakan Anvir Task Manager, anda boleh lumpuhkan virus startup mahupun membuang virus-virus yang berkemungkinan menggunakan komputer anda. Selain itu juga, anda juga boleh memantau program yang mungkin sedang menggunakan internet anda.
Perisian ini juga membolehkan anda membuang semua fail start-up yang anda rasa akan melambatkan sistem anda dan sekaligus akan mempercepatkan login windows anda. Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh layari website ini dan dapatkan Anvir Task Manager.
tak tahu lgi psal ni..
nk buat pun fikir jugak ni sbb bro kata kna buang fail yg mgkin mlmbtkn sistem..
kang trsilap buang,.. hihi..
klu x buat pun x pa kan.. fobia lgi ni.. huhu..
Jangan risau bro, bro sendiri boleh perasan file tu boleh buang ke tak…kalau bro tak pasti boleh tanya semula nanti…
tak buat pun tak per, tapi kalau rasa login windows tu lambat jer, ada la yang tak kena tu…
Walaupun pakai trial version 2o hari. Dapat gak saya kenal pasti ada program tersembunyi dalam startup saya. Terima kasih tuan atas perkongsian ini.
Bro, jangan amik yang trial version nya..ada yang free dalam tu..
sume ni free aa bro.. hehe..best aa
Free dan berbayar..amik yg free cukupla..=)
kalu guna satu sopware tuneup utilities lbih kurg je ke?.. aku biasa guna tune up
Sama je bro..sekarang ni macam-macam program ada..terpulang pada kita yang mana selesa..
dah 2 tahun saya pakai avira yang premium. langsung tak de masalah. tapi tahun ni rasanya nak try kaspersky tapi ada kawan cakap kaspersky buat laptop jadi lembap masa nak bukak.
Bro..software ni bukan antivirus avira tau, tapi Anvir..=)
Tapi mengenai Kaspersky tu, saya pakai dah lama dah, tak ada masalah rasanya masa loading windows. Mungkin lembab tu disebabkan benda lain bro..
la, ingatkan avira antivir, rupanya anvir. hahaha
Bro, saya ada jugak guna tune up utilities yang dapat free masa beli antivirus avira ni, apa beza tune up dengan anvir ni?
Setiap perisian ada kelebihan dan kelemahan nya masing2..nak guna yang mana terpulang masing-masing…
Macam Anvir ni lebih kepada startup sahaja manakala Tune up Utilities tu boleh digunakan untuk bermacam-macam kegunaan seperti defragment registry, clean registry dan lain-lain..
selain antivir task manager, boleh gunakan window built-in punya function; msconfig, ataupun guna tune-up utilities
Betul tu bro, banyak cara dan banyak software yang boleh digunakan untuk benda ni..
start up pc saya ambil masa dkt satu minit .sebelm tu dlm 35 saat. mcm ada masalah le, saya skrg pakai kaspersky,
dah try set balik dan unable semua aplikasi masa nak boot..tapi masih ambil masa lama nak boot windows xp tu.
kalau try Anvir ni boleh ke di samping guna kaspersky
Boleh, Anvir ni takkan kacau antivirus yang ada, cuma buang segala program yg menyebabkan startup lambat..
virus yang harus ditentang.. kalau nak puas hati pakai ubuntu jer.. hehe.. tapi tak pernah guna pun..
Ubuntu bagi yg biasa pakai bolehla bro, tapi bagi beginner, pakai windows biasa dahle..=)
Saya dah guna smlm, cari punya cari dpt yg full version hehe..memang memuaskan. akhirnya dapat jugak selesaikan masalah lambat startup / boot pc tu ..lega rasanya, dah jadi 35 saat masa boot..seblm ni lambat giler..puas hati..
tq Azizul, sebab entri psl Anvir ni.
Sama2..singgah le selalu ek..=)
sy guna Malwarebytes leh buang trojan. ERm…tp sakit ati gak la kalau kena virus jenis nih liat gak nak buang…
Pakai Malwarebytes ni pun boleh gak bro…
info yang bagus dan berguna ni…thanks bro for sharing this…
Sama2..=)
revo tak boleh ker?
Revo lebih kepada unistaller bro..kalau guna yg ni lagi bagus…
Salam, leceh jugak kan windows ni. Banyak kerenahnya. Tapi kalau tak guna, dah jadi keperluan. Windows tu sendiri dah jadi virus dengan menguasai cara penggunaan komputer masyarakat seluruh dunia. Saya lebih suka guna Ubuntu, bebas virus.. tapi sayang sekali banyak applikasi tak support macam windows 🙂
Wslm, biasalah tu bro..setiap benda ada kelemahan tersendiri..apa yg penting macam mana kita menggunakannya dan mengatasi segala masalah seperti kehidupan kita sendiri sebagai manusia biasa..=)
salm bos…..nak tanye mcm mane nak reset printer hp 1006 dan bagaimana nak buat kalo bak buka file mikrosoft office jadi terlalu lambat
Apa yg saya boleh syorkan untuk microsoft office tu, bro kena uninstall semula dan install balik,mungkin file installation tu dah rosak sebab tu jadi lambat ataupun salah satu cara bro boleh buat, ikut cara yang ditunjukkan di sini – Cara Tingkatkan Prestasi Excel.
Untuk printer tu saya tak faham maksud bro utk reset. Reset atau uninstall?
ok terima kasih bro..yg printer tu abaikan….sy just nak reset defult setting