October 4, 2014

Bagi Orang Yang Malas Bawa ThumbDrive!

Zaman teknologi ini macam2 perisian percuma yang orang inginkan, memang realiti manusia sukakan benda yang percuma termasuklah BroZooL sendiri..hehe. Salah satu perisian percuma yang berguna bagi orang yang malas bawa thumbdrive ke mana2 ialah DropBox. Secara ringkasnya, DropBox ini adalah satu perisian untuk menyimpan data secara online atau lebih dikenali sebagai Online Storage. Dropbox memudahkan anda untuk memastikan yang semua fail penting ada di mana-mana komputer yang anda guna, tanpa perlu email ataupun bawa thumbdrive.  Contoh macam BroZooL buat kerja di rumah, jadi BroZooL cuma masukkan fail-fail kerja tadi dalam dropbox, jadi di pejabat BroZooL cuma buka DropBox ini dan boleh sambung terus kerja tu sebab memang dia automatik sync dengan folder dalam komputer BroZooL. Anda tak perlukan sambungan internet yang stabil pun boleh, cuma upload dalam folder DropBox di komputer anda dan apabila anda pergi ke tempat yang sambungan internet lebih stabil, DropBox akan automatik mengesan folder2 anda tadi. […]