October 4, 2014

Lumpuhkan Virus Startup !

Tahukah anda bahawa Start-up menjadi tempat terbaik bagi virus untuk berada di dalam komputer anda? Start-up merupakan satu daripada directory di dalam windows yang menempatkan kesemua program yang perlu dimulakan ketika komputer anda hidup. Segala program yang berada di dalam start-up wajib dijalankan oleh Operating System, hanya start-up yang dinyahaktifkan sahaja yang tidak akan dijalankan. Start-up boleh mengandungi apa-apa sahaja program mahupun Welcome Text. Start-up directory kebiasaanya mempunyai 2 kawasan untuk berfungsi, start-up di dalam Registry dan start-up di dalam folder. Untuk mengakses start-up di dalam folder, anda boleh klik Start Menu – All program – Startup (bagi pengguna windows 7). Kemudian, paste sahaja apa-apa fail yang anda ingin letakkan di dalam folder tersebut, fail-fail tadi akan dijalankan oleh Operating System sebaik sahaja komputer anda dihidupkan.   Secara amnya, Windows menggunakan Microsoft  Configure untuk mengubah system start-up. Namun, Microsoft Configure ini cuma akan disable kan start-up anda, tapi bagaimanakah anda […]