Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kali ini BroZooL nak berkongsi dengan anda sekalian khususnya yang selalu berurusan dengan Microsoft Outlook untuk menghantar email. Kita sebagai manusia biasa akan biasa melakukan kesalahan sama ada tersalah hantar email pada orang yang salah ataupun tersalah tulis email. Jadi, atas permasalahan inilah BroZooL ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk memanggil semula dan memadam email outlook yang dihantar supaya orang yang menerima email tersebut tidak dapat membukanya. Proses memanggil semula email outlook yang dihantar ini dipanggil “Recall Message”.
Cara Nak Panggil Semula Email Outlook Yang Dihantar.
Langkah 1 : Buka email yang dihantar di bahagian Sent Items.
Langkah 2 : Pergi ke Menu bar di atas Microsoft Outlook dan pilih Menu Action – Recall this Message.
Langkah 3 : Akan muncul satu tetingkap baru sama ada untuk buang email tersebut atau ganti semula dengan email yang baru. Pilihan di tangan anda. Jika ingin buang email tersebut, tick kan pada “Delete Unread Copies of this Message” dan tekan OK.
Senang sahajakan? Dengan teknik ini, orang yang menerima email tersebut automatik tidak akan dapat membuka email yang dihantar. Namun, teknik ini menjadi jika orang yang menerima email tersebut masih belum sempat membuka email yang dihantar. Jika telah dibuka, memang tidak dapat diselamatkan…=)
Anda Suka Artikel Ini? Jangan Lupa Klik “LIKE” dan Tinggalkan Komen Anda Yer..=)
Terima Kasih diatas tip yang diberi,selalu juga tersalah hantar email kat orang tq 10x…
Bro selalu guna outlook gak ek..? kat ofis saya pun ramai gak yang tersalah hantar bro..hehe
Thaks sbb sharing…tips yg berguna gak nih…
Sama2 bro..
tak reti la brozool nak guna benda ni..guna gmail je…
Outlook ni kebanyakannya guna di pejabat2 bro,jadi tips ni sesuai untuk yg bekerja di pejabat sahaja..saya pun suka guna gmail jer,lagi senang..hehe
tq, bro ianya membantu…
Sama2..thanx singgah di sini..
mekasih share tip ni
Welcome Nuriz..=)
Eh selama ni guna outlook tak perasan pun kegunaan button tu. Thanks for the info bro
Em, kadang2 benda remeh ni kita memang tak perasan bro termasuk diri saya sendiri..=)
JARANG GUNA OUTLOOK 🙂
Tak per bro..mungkin suatu hari nanti bro akan sentiasa guna outlook,refer balik ke sini ek..
Thanks for d info…
ALright bro..thanx singgah di sini…
Wah.. Baru tau nih..he3
Jai bekerja kat office kan? mesti biasa guna outlook ni kan? ni perkara biasa yg berlaku bro untuk saper2 yg guna outlook..
Kje ofis.. Tapi outlook jarang buka sbb malas…ha3.. Sampaikan org anta email tu xleh nak masuk sebab full…hu3
Outlook full tu disebabkan kuota email tu cket bro,request kat bos bagi kuota email besar cket..ckp kat dia brozool suruh..hehe.
Kalau minta besar dia tau dalam email tu mesti macam2 mende ngarut xde kaitan ngan kje..hu3
outlook nie senang nak manage….. biasanya guna untuk email syarikat, email bos.. banyak sangat yang menyepamnya… viagra…. hush
Em, saper2 yg bekerja di syarikat2,mesti biasa guna outlook dan mesti biasa berlaku macam ni…
mmg senang nak manage email guna outlook.
Bagi yg biasa senang la bro tapi bagi yg tak biasa mungkin susah..=)
ya betul tu.cam saya nak pakai mesti kekok sb dr dulu smpi skrg pakai akaun yahoo jer.dan baru2 ni baru buat akaun gmail
suri tak tahu nak pakai bayk akaun email..rasa serabut plk heee..nak cek sana satu akauan ,,sini nak cek akaun gak hu..
hai..
saya tak der akaun ni..dat pernah guna pun heee…tapi cam best jer 🙂
Memang best suri macam makan aiskrim..=)
pernah buat teknik ni bila tersilap hantar email di tempat kerja…nasib tak baik boss sudah baca email tu…kantoi…
Hehe..lepas ni kalau silap pun xperlu risau lg dah bro…
kena buat gak.. kat opis pakai outlook ni. kalau silap boleh diselamatkan dulu ni
betul tu bro..tersalah email ni memang saya pun selalu jadi gak,jadi kita kena berhati2…=)
He he mesti copat sodar la kan? Kalau lambat recipient dah baca, so tak guna ler recall. Tip baik punya utk brader2 yg antar e-mail pada bini dan awek pakai akaun e-mail yg sama he he.. Kalu silap dan sedar awal, tarik balik copat2, kalu tak perang ehhh.. 😉
Betul tu,kena cepat dan pantas,kalau tidak naya nanti..hehe
Salam bro, aku pakai outlook ni kat tempat aku keje, boleh x aku access outlook ni kat rumah aku, kalau boleh mcm mana, takut ader sekatan jer
xperasan soalan bro ni..maaf..biasa kalau access kat umah pakai webmail bro..mesti company ada buat webmail sendiri…
Salam Bro,
Lama tak komen kat blog bro nih. Nak tanya skit..kalau email yahoo boleh ke convert ke outlook? Pasal kat ofis je pakai outlook ni. ingatkan kat umah nak guna yahoo email sbg outlook.