...

Tahukah anda bahawa Start-up menjadi tempat terbaik bagi virus untuk berada di dalam komputer anda?

Start-up merupakan satu daripada directory di dalam windows yang menempatkan kesemua program yang perlu dimulakan ketika komputer anda hidup. Segala program yang berada di dalam start-up wajib dijalankan oleh Operating System, hanya start-up yang dinyahaktifkan sahaja yang tidak akan dijalankan. Start-up boleh mengandungi apa-apa sahaja program mahupun Welcome Text.


Start-up directory kebiasaanya mempunyai 2 kawasan untuk berfungsi, start-up di dalam Registry dan start-up di dalam folder. Untuk mengakses start-up di dalam folder, anda boleh klik Start Menu – All program – Startup (bagi pengguna windows 7). Kemudian, paste sahaja apa-apa fail yang anda ingin letakkan di dalam folder tersebut, fail-fail tadi akan dijalankan oleh Operating System sebaik sahaja komputer anda dihidupkan.

 startup

Secara amnya, Windows menggunakan Microsoft  Configure untuk mengubah system start-up. Namun, Microsoft Configure ini cuma akan disable kan start-up anda, tapi bagaimanakah anda ingin nyah-aktif atau buang sesuatu program tersebut daripada start-up tanpa disable kan program tersebut lebih-lebih lagi fail virus di startup?

Dengan menggunakan Anvir Task Manager, anda boleh lumpuhkan virus startup mahupun membuang virus-virus yang berkemungkinan menggunakan komputer anda. Selain itu juga, anda juga boleh memantau program yang mungkin sedang menggunakan internet anda.

Perisian ini juga membolehkan anda membuang semua fail start-up yang anda rasa akan melambatkan sistem anda dan sekaligus akan mempercepatkan login windows anda. Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh layari website ini dan dapatkan Anvir Task Manager.

32 Responses

  1. tak tahu lgi psal ni..
    nk buat pun fikir jugak ni sbb bro kata kna buang fail yg mgkin mlmbtkn sistem..
    kang trsilap buang,.. hihi..
    klu x buat pun x pa kan.. fobia lgi ni.. huhu..

    1. Jangan risau bro, bro sendiri boleh perasan file tu boleh buang ke tak…kalau bro tak pasti boleh tanya semula nanti…
      tak buat pun tak per, tapi kalau rasa login windows tu lambat jer, ada la yang tak kena tu…

  2. Walaupun pakai trial version 2o hari. Dapat gak saya kenal pasti ada program tersembunyi dalam startup saya. Terima kasih tuan atas perkongsian ini.

  3. dah 2 tahun saya pakai avira yang premium. langsung tak de masalah. tapi tahun ni rasanya nak try kaspersky tapi ada kawan cakap kaspersky buat laptop jadi lembap masa nak bukak.

    1. Bro..software ni bukan antivirus avira tau, tapi Anvir..=)
      Tapi mengenai Kaspersky tu, saya pakai dah lama dah, tak ada masalah rasanya masa loading windows. Mungkin lembab tu disebabkan benda lain bro..

    1. Setiap perisian ada kelebihan dan kelemahan nya masing2..nak guna yang mana terpulang masing-masing…
      Macam Anvir ni lebih kepada startup sahaja manakala Tune up Utilities tu boleh digunakan untuk bermacam-macam kegunaan seperti defragment registry, clean registry dan lain-lain..

  4. start up pc saya ambil masa dkt satu minit .sebelm tu dlm 35 saat. mcm ada masalah le, saya skrg pakai kaspersky,
    dah try set balik dan unable semua aplikasi masa nak boot..tapi masih ambil masa lama nak boot windows xp tu.
    kalau try Anvir ni boleh ke di samping guna kaspersky

    1. Boleh, Anvir ni takkan kacau antivirus yang ada, cuma buang segala program yg menyebabkan startup lambat..

  5. Saya dah guna smlm, cari punya cari dpt yg full version hehe..memang memuaskan. akhirnya dapat jugak selesaikan masalah lambat startup / boot pc tu ..lega rasanya, dah jadi 35 saat masa boot..seblm ni lambat giler..puas hati..
    tq Azizul, sebab entri psl Anvir ni.

  6. Salam, leceh jugak kan windows ni. Banyak kerenahnya. Tapi kalau tak guna, dah jadi keperluan. Windows tu sendiri dah jadi virus dengan menguasai cara penggunaan komputer masyarakat seluruh dunia. Saya lebih suka guna Ubuntu, bebas virus.. tapi sayang sekali banyak applikasi tak support macam windows 🙂

    1. Wslm, biasalah tu bro..setiap benda ada kelemahan tersendiri..apa yg penting macam mana kita menggunakannya dan mengatasi segala masalah seperti kehidupan kita sendiri sebagai manusia biasa..=)

  7. salm bos…..nak tanye mcm mane nak reset printer hp 1006 dan bagaimana nak buat kalo bak buka file mikrosoft office jadi terlalu lambat

    1. Apa yg saya boleh syorkan untuk microsoft office tu, bro kena uninstall semula dan install balik,mungkin file installation tu dah rosak sebab tu jadi lambat ataupun salah satu cara bro boleh buat, ikut cara yang ditunjukkan di sini – Cara Tingkatkan Prestasi Excel.

      Untuk printer tu saya tak faham maksud bro utk reset. Reset atau uninstall?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.