Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan dan rakan-rakan yang budiman…

“Orang kata..tak kenal maka tak cinta..”

Saya bukan suruh anda bercinta dengan saya..:) Saya cuma nak anda kenal saya lebih mendalam dan saya suka berkawan tak kira bangsa apa, dok mana, tak kawin lagi atau yang dah berkahwin..

brozool

Nama penuh saya, Azizul Azami Bin Ibrahim, rakan-rakan rapat saya lebih senang panggil saya dengan panggilan Joe dan ada yang gelar saya dengan nama BroZooL..tapi kawan-kawan lain ada juga panggil Azizul jer…

Saya adalah seorang graduan dari Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dan Komputer.  Saya dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dan seorang abang sulung daripada 9 orang adik-beradik.

Saya mempunyai pengalaman luas dalam bidang rekaan grafik dan bagi saya, kemahiran merekabentuk adalah berdasarkan kreativiti dalam diri, bukannya dari sijil kelayakan sebagai Graphic Designer atau Computer Engineering atau yang berkaitan dengannya. Saya mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam penggunaan Adobe Photoshop dan juga 19 tahun dalam bidang programming yang melibatkan HTML,  PHP, JAVA, ASP.Net

Misi saya untuk menambah lebih ramai usahawan yang mempunyai serba sedikit pengetahuan IT dan internet serta menjana pendapatan internet. Laman blog ini diwujudkan sebagai media atau platform untuk saya berkongsi Ilmu IT, Ilmu Komputer, Ilmu Internet, Ilmu Bisnes dan Ilmu SEO.

Sokongan dan bimbingan daripada kawan-kawan, rakan-rakan seperjuangan dan cikgu-cikgu yang mengenali saya amatlah saya alu-alukan…

“Salam Perkenalan dari saya…”

Boleh saya kenal anda pula ? Komen di bawah dan kita rapatkan ukhuwah.

30 Responses

  1. saya pun ada seorang rakan di matrix yang membuka mata saya tentang peluang bisnes di internet….sekarang dia e-usahawan berjaya…mungkin ada yang kenal dia…namanya Raja Kamil…di internet ramai kenal dia denan nama RK…

    1. Em..rasa macam pernah dengar nama tu..seorang berpengalaman dalam dunia internet…seronok tengok orang melayu berjaya, insyaAllah saya pun akan ikut jejak otai-otai IM ni dan saya rasa bro pun dah berkecimpung lama dalam dunia internet ni..banyak yang saya kena belajar dari bro gak….semoga perniagaan orang Melayu macam kita akan terus maju..

    1. Terima kasih bro..saya budak baru belajar, mungkin pengalaman dan pengetahuan saya dalam hal yang lain, tapi saya juga masih perlu banyak belajar dan kutip pengalaman dari orang macam bro ni..

  2. baru aku masuk kt sini.. tere btul bro ni.. macam2 kepakaran ada.. duk kuala kangsar rupenye.. tahun lepas aku balik raya kt sg tiang.. tapi tahun ni kt kelantan la bro.. kalau tak boleh gak jumpe..

    1. Tak ada la tere mana bro..masih banyak lagi yang saya perlu belajar tambah belajar dari orang macam bro..
      oo..bro orang kelantan ke? nak jumpa bolehjer bro..facebook bro apa? boleh kita kenal2 di facebook..

    1. Kat Kedah dulu lari bidang sikit bro..dapat masuk Jabatan Perikanan sebagai pegawai kontrak, kemudian tukar balik bidang sendiri…
      Kenapa bro, bro asal Kedah ker?

  3. Luas pengalaman dalam bidang ni…Anyway, harap banyak lagi yang blh bro kongsikan melalui blog ni. Bro, kalau tak silap saya Master Yus tu pun ada bisnes dalam bidang hartanah kan? 1Hartanah.com kalau tak silap saya tu dia punya blog kan?

    1. Terima kasih bro..InsyaAllah, saya akan berkongsi tips-tips yang lebih hebat lagi nanti …
      Ya, betul tu bro..Master Yus tu macam-macam dia buat..hehe. 1hartanah.com tu memang dia punya blog…

  4. salam hujung minggu
    haa ceruk sini diamnya empunya blog

    baru den tahu sini orang ipoh mali..

    sjer nak wish selamat maju jaya dlm dunia bloger & sukses dlm kerjaya yg d ceburi

    peAcE NO wAR 😉

    1. Wslm..saya suka dok ceruk2 suri..hehe.
      Saya orang kuala kangsar suri,buka ipoh.
      Terima kasih atas wish yg baik dari suri tu, semoga kita sama2 maju jaya dalam bidang masing2..

    1. Assalam tuan Hamdan, terima kasih atas komen tuan di sini. Moga Allah membantu tuan dalam menimba ilmu di internet ni dan saya doakan tuan berjaya dunia akhirat. Singgah-singah selalu di sini ya tuan..

  5. assalammualaikum..saya seorang penganggur dan telah menganggur selama 4 tahun.hobi saya membaca dan berfikir.namun kadang-kadang saya terlalu memikirkan masa depan sehingga lupa akan masa sekarang.hidup saya dalam khalayan alam maya.kerana disini saya mampu berimaginasi dan merealisasikan impian dan fikiran saya.hidup saya hanya dengan komputer,tak belajar dan bekerja.tapi di alam digital saya mampu menjadi diri saya yang sebenarnya.tiada yang memahami.hidup terasa sunyi.tanpa teman disisi.hanya pc peneman sejati.sekian saja komen saya disini.jumpa lagi nanti.assalammualaikum.

    1. Wslm saudara ipin,
      Terima kasih di atas komen yang jujur dan saya,sekurang-kurangnya saudara tak menipu diri sendiri. Biar kita jadi diri kita sendiri dan saya nampak saudara ada kebolehan tersendiri yang mungkin orang lain tak nampak. Saya doakan impian saudara berjaya dicapai. Moga Allah permudahkan segala urusan saudara. Buktikan pada dunia bahawa saudara mampu bergerak di alam maya dan berjaya dunia akhirat. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge