in

Lajukan Loading Page Blogspot Anda!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Berita baik untuk para Blogger atau lebih tepat yang menggunakan Blogspot, BroZooL nak kongsi dengan anda sekalian untuk cara lajukan loading page blogspot anda. Walaupun BroZool lebih tumpukan pada Artikel untuk Melajukan WordPress sahaja sebelum ini, namun BroZooL tetap tidak melupakan pengguna-pengguna Blogspot lebih-lebih lagi yang banyak menyokong BroZooL.

speed

Page Loading yang berat sebenarnya bergantung pada banyak faktor dan yang paling utama adalah saiz gambar yang besar. Jadi, dengan tips yang BroZooL tunjukkan di bawah, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pengguna Blogspot untuk lajukan loading page blogspot masing-masing. Apa yang perlu anda lakukan, cuma copy dan paste sahaja code yang BroZooL tunjukkan di bawah.

Langkah 1 : Masuk ke laman Blogger anda dan buka Menu Design – Edit HTML serta klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2 : Tekan Ctrl-F pada keyboard anda dan cari code ini </head> dan masukkan code di bawah ini di atas </head> tersebut.

<script src=”https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.4/jquery.min.js” type=”text/javascript”>// <[CDATA[<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'>// ]]></script>

 

Kemudian, klik pada Save Template.

Sudah siap. Senang sahaja kan? Maaflah kerana tidak menyediakan gambar untuk tips ini. BroZooL percaya semua blogger biasa dan tahu untuk mendapatkan menu-menu yang BroZooL tunjukkan di atas. Jika ada masalah, bagitahu BroZooL yer. Jadi, cubalah lihat hasil di blogspot anda dan bandingkan page loading di blog anda dengan sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua, BroZooL dapatkan tips ni dari penggunaan WordPress juga di mana dalam WordPress sendiri terdapat plugin yang lebih kurang sama dengan code di atas ni. Jadi, BroZooL terpikir bagaimana untuk memasukkan plugin WordPress ini ke dalam Blogspot? Untuk itu, BroZooL telah mengekstrak plugin ini menjadi satu code mudah untuk pengguna Blogspot. Untuk pengguna WordPress, boleh cuba plugin ini DI SINI dan lihat hasil di blog anda.

Anda suka Artikel ini? Jangan lupa klik “LIKE” dan tinggalkan komen anda yer…-)

Written by BroZooL

Azizul Azami Ibrahim aka BroZooL mempunyai 19 tahun pengalaman dalam bidang programming yang merangkumi Laravel, Javascript, Kotlin, ASP.Net, HTML, PHP, C#, VB.Net. Pernah bekerja sebagai IT Manager di Petronas selama 6 tahun dan sekarang adalah Usahawan Internet sepenuh masa.

49 Comments

Leave a Reply
  1. Thanks for the tutorial. Memang berkesan codenya. Sebelum ni guna lazyload. Tapi loading blog lagi lambat loading ada ar. But this tuto its awesome. Thanks a lot. By the way dah follow blog ni. I’m follower number 135.

  2. Blog aku pun guna code ni…selain dr tempek kat tu..boleh juga guna kat add gadget>>HTML /Javascript…
    Rasanya efek/kelajuan blog tu sama jer kot…
    tp x tau la kalau ada beza….(sbb x penah test letak dlm template)

      • Bro, nanti saya update effectnya sbb skrg ada di tmpt kerja…limited access…

        ada tak tutorial cara nk disable function readmore di ruangan page seperti di tab disclaimer dan arkib (refer blog saya)…

        kalau ada tolong emailkan kpd saya yer…
        Thanks…

      • Salam Bro..ada kesan juga loading speed dia…tapi line saya x berapa nak best hari ni…test dgn iwebtool

        result dia: load time 0.28sec / average speed per KB 0 sec…?

        laju tak?

      • Em,ok la tu bro..speed baik punya..=)
        Tapi bro test tak sebelum dan selepas pasang code ni…?
        Cuba tengok perbezaannya..

    • Ok,bro..dah faham apa masalahnya…maknanya tu, ada yg tak lengkap dalam code tu..
      Bro copy code yg saya bagi dalam kotak kuning tu kan?Jangan copy di stu, cuma untuk show jer di situ,
      bro cuba copy code dari Link yang saya bagi kat atas ni, ataupun amik dari sini jer..
      Code Replika
      Confirm jadi lepas ni..=)

  3. Memang menarik artikel ni bro. Pengguna blogspot tambah-tambah awek cun suka sangat letak widget yang boleh memberatkan blog, diharap guna script ni dapat la sikit mengurangkan berat blog tu.

    • Hehe…ayat bro tu pun memang terbaik, awek2 cun..hehe.
      2la, ramai sangat yang suka guna widget macam2, sekurang2nya guna cara ni dapat kurangkan berat blog diorang tu..

  4. Memang aku tak nak guna trick ni.. sbb aku tak suka pakai blogspot.. ceh.. sombong bunyinye.. Bukan sombong, cuma dulu dah pernah guna blogspot.. skang malas nak guna aa..

    pendapat bro camne.. masih perlu guna ke blogspot?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Lajukan Blog Dengan Plugin Hebat

Hadiah Khas Untukmu Guru !