in

Lajukan Broadband Dengan Command Prompt

Broadband anda dah habis Limit ? Broadband anda terasa lembab? Susah nak Buat Kerja Bila Broadband Anda Habis Limit?

Artikel kali ini BroZooL akan tunjukkan cara untuk lajukan broadband dengan Command Prompt. Hanya dengan menggunakan Command Prompt, Broadband anda akan laju semula. Tak Percaya? Cubalah baru tahu …=)

Cara untuk Lajukan Broadband dengan Command Prompt

 

Langkah 1 : Klik pada RUN di butang Start anda dan taipkan CMD.

lajukan-broadband-dengan-command-prompt

Langkah 2 : Setelah command prompt anda dibuka, taip IPCONFIG dan tekan ENTER untuk dapatkan IP broadband anda. Perlu diingatkan, IP ini tidak tetap untuk setiap Broadband. Jadi, setiap kali anda Connect ke Internet, anda kena ulang semula Langkah 1.

 

lajukan-broadband-dengan-command-prompt

Langkah 3  : IP anda akan kelihatan seperti dalam gambar di bawah. Pilih dan salin IP yang keluar di command prompt ini. Biasanya IP tersebut berada di bahagian atas.

lajukan-broadband-dengan-command-prompt

Langkah 4 : Teruskan dengan menaip ping IP ANDA -t di command prompt ini dan tekan ENTER. Biarkan command prompt ini berjalan sepanjang anda online. Jika anda mendapati dengan tiba-tiba keluar “Request Timed Out” di command prompt ini, ini bermakna connection anda telah terputus. Anda dikehendaki mengulangi semula Langkah 1.

Cara Menulis

Contoh IP anda ialah 192.168.0.106
Taip : ping 192.168.0.106 -t

lajukan broadband

Selesailah sudah teknik mudah ini. Cuba rasakan perbezaannya dengan guna kaedah lajukan broadband dengan command prompt ini. BroZooL harap lebih ramai yang menggunakan broadband akan dapat lihat artikel BroZooL ni dengan tak ada sebarang masalah..=)

Written by BroZooL

Azizul Azami Ibrahim aka BroZooL mempunyai 19 tahun pengalaman dalam bidang programming yang merangkumi Laravel, Javascript, Kotlin, ASP.Net, HTML, PHP, C#, VB.Net. Pernah bekerja sebagai IT Manager di Petronas selama 6 tahun dan sekarang adalah Usahawan Internet sepenuh masa.

110 Comments

Leave a Reply
  1. Bro minta tolong sikit, bila saya tekan Window + R keys kan keluar Run?? Bila saya tulis cmd Dan click OK, x da apa terjadi. Dh buat lebih 5 Kali, macm mana nk atur masalah nie?? Saya guna laptop Window 8.

  2. Ini magik ke apa!1 Saya guna masih ada quota tapi bila download je alhamdulillah speednya bertambah.. Terima kasih BroZool atas maklumat yg berguna ni..

  3. Assalamualaikum bro..
    saya nak tanya pasal windows 8…
    di laptop saya ada kluar psal Windows Feature..
    NET framework 3.5……dia suruh install….biasa sya tekan skip je tapi dah kluar tiap kali jenuh jga nak skipkan dia..
    saya cuba tekan install this feature tapi x berjaya install…mhon saudara bantu saya selesaikan masalah ni …terima kasih

    • Kalau guna mobile broadband saya tak pernah cuba lagi Dila, tapi rasanya sama jer kaedah di atas sebab kaedah di atas sepatutnya bukan untuk melajukan broadband tapi nak lajukan browsing internet dengan menggunakan broadband yang dah habis limit, jadi kalau guna mobile broadband, mesti boleh..

  4. bro ?sya kurang faham skit ni..
    kalau dah buat tu pinging tu,,maksudnye qouta takkan habis ?pastu kelajuan akan bergantung pada faktor-faktor tempat dan cuaca? cam tu ?

    • Bro, dalam artikel ni dinyatakan kalau quota dah habis, boleh guna cara ni, tapi kalau quota tak habis lagipun boleh juga guna juga dan teknik ini akan melambatkan prosees quota habis.

      Ya, kelajuan bergantung pada faktor tempat dan cuaca juga. Kadang-kadang teknik ini laju dan kadang-kadang tetap slow juga. Tapi dari pengalaman, sekurang-kurangnya akan menyebabkan ia laju sikit.

  5. ade satu cara yg paling senang nk lajukan internet ialah dgn “connect and disconnect” sentiasa smpai dpt IP yg korang nk…cth mcm sy punya ni for maxis – 113.211.29.203…yg ni ok…cara ni mmg sng tp memenatkan sket la….biasa kalau yg last tu bwh 200 mmg slow giler..cara ni seswai tuk org yg suka download sbb ianya akan melajukan speed download…..sy penah download smpai 20gb w/pun kuota cuma 2gb shj dlm masa satu hari…

  6. bro,sy da try cre bro ni alhamdulillah laju ckt.. tp nk try utk dwnload and tgk video rse tkot sbb tkot qouta overlimit…umm..selalu je ngeluh pkai maxis broadband ni..bru 2 hari da bill baru tbe2 tgk da cech lbh dr limit..xlh nk dwnload n tgk youtube ble bkk je user usage asyk tgk dier overlimit..naik nyampah kdg2 ble tgk da x laju n overlimit..umm..cm ne ek bro?bole jgk ke gne utk dwnload n tgk video wlwpn maxis broadband da overlimit?

    • Mira, untuk pengguna broadband saya tak syorkan untuk download2 file2 yg besar seperti movie dan video…
      sebab ini akan menyebabkan broadband tu abis limit..guna celcom atau digi pun sama gak..
      Kalau Mira nak wat kerja2 mendownload ni better guna streamyx atau unifi…
      Untuk cara yg saya ajar di atas ni, untuk melihat video di internet,
      kadang2 boleh jadi laju dan kadang2 boleh jadi slow..semuanya bergantung pada banyak faktor seperti cuaca dan tempat tersebut…
      kadang2 saya guna cara ni pun slow gak…tp kdg2 ok..depend pada keadaan…

    • Em,pakai broadband ni memang bergantung pada tempat yg kita pergi dan faktor2 yg lain..kalau signal nya kuat kat tempat tu,memang laju la tambah2 guna cara ni..=)

  7. bang saye punye internet nie asl pelik,,,main youtube laju sikit….tengok gmbr mcm xmakn je internet ni main facebook xboleh mcm xmakan je internet ni…saye ari2 buat mcm yg abg suruh….tap xde perubahn pon….asl ar….abg boleh bantu tak….

  8. macm mane abg buat ni….
    saye buat xjadi pon saye buat mcmni gk baut IP ADDRESS ….tibe2 internet mati die suruh
    bayar aduyai….boleh ke jadi bang kalo buat IP ADDRESS ni….??

  9. Salam bro, time kasih banyak2x, bro mmg hebat,hehe.. saya buat semua step by step n mmg menjadi ..tq ,heheheh 🙂 , tpi nak tnya ckit ni ,kalo bulan depan kita bayar bil balik n semua ni jadi seperti biasa balik ke? atau kita buat benda ni kalo habis limit je n x beri kesan pada gangguan talian?

    • Wslm bro..insyaAllah xbg kesan pada bil dan talian nanti..guna cara ni masa habis limit jer tau…dah bayar limit dia akan jadi macam biasa balik,jadi tak perlu guna cara ni..nak guna pun boleh gak..=)

  10. skrg ni bla sy ping ip adress sy tu dlm 5 second prtama tu speed smpai 3mbps..pastu dia akan trun tba2..nk dpt 100kbps pn pyah..knp ye??sblum ni speed dia maintain je 500kbps-2mbps..

  11. 1. Klik butang Start pada windows 7
    2. copy paste
    Code:

    gpedit.msc

    dan akan keluar note tersebut(seperti gmbr nie) dan klik OK

    3. Pilih Administrative Templates dan Klik Network
    4. Setelah terbuka klik QoS Packet scheduler
    5. Pilih Limit Reservable Bandwidth dan ubah setting menjadi Enable
    6. Ubah Bandwidth Limitnya menjadi 0 (standard 20)Klik Apply > OK
    7. keluar dan Restart komputer.

  12. salam bro… sy org baru… nak tanya sikit… bole ke modem huawei e1552 di unlock? bole ke kalu nk upgrade jdkan 7.2mbps?

  13. assmekom…sya br aje msk blog abg ni, nk tnya c-kit bole, sya pnya ip x sama dlm link yg abg bg utk chck ip (klik di sini) , sya guna ip link tu kuar (request time out) tp ip yg dlm ipconfig bole plak gune (reply from ********** bytes=32 time<1ms=128, adakah betul apa yg sya buat ni t.q

    • Tak perlu guna link yang diberi tu sebab IP yang dekat link tu untuk pengguna internet tetap bolehlah, tapi untuk pengguna broadband kadang2 IP nya tak sama, jadi kena guna IPCONFIG dan lakukan langkah seterusnya…

    • ok….sya dh phm dh….mmg berkesan, sya pki prepaid brbd & msh lg bole guna, cuma lmbt c-kit aje, ok la tu kan dr sya topup lg nk kena byr kan…t.q

  14. assalamualaikum..nak tanya sikit bro..kenape bile saye taip ipconfig tu tak keluar macam yang bro punye??confuse2

      • oh okay..dia keluar tunnel adapter berlambak2 but details for ipaddress takde. dah try type “ipconfig/all” pun stil takde. kenape eh?

      • Tunel Adapter ni biasanya disebabkan oleh IPv6 yg mengikut network card yg ada dalam computer,biasa kita pakai IPv4 jer..cuba bro right click dekat command prompt di start-all programs-accessories,kemudian run as administrators..dapat tak?

  15. saya tak pakai brbd cuma pakai wifi jer hee…

    dlm byk2 brbd mana yg laju bro? maxis, celcom heeee.. sekadar nak pendapat dr bro jer

    tq

    • Bagi saya,depend pada tempat yg suri duduk,setakat ni saya rasa maxis la terbaik sebab kawasan kampung pun tak ada masalah. Mungkin kawasan bandar bolehlah untuk celcom dan digi..
      Untuk pengetahuan suri,saya pakai broadband maxis jer utk update blog dan urusan lain..=)

      • Depend gak bro..saya pernah pakai Digi gak,tapi kawasan kampung di perak tak dapat, maxis dapatlak…P! tak pernah test lagi…tapi broadband ni buat camner pun, tetap bergantung pada banyak faktor…time dia laju,memang laju..=)

      • Bab wireless broadband x kira apa provider mmg betul ko ckp ikut time dia. tp skng aku tgk celcom & digi terlampau tepu klu kt pekan² besaq,mmg slow gila line dia. tu la aku pelik,malaysia ni broadband mahal² tp kualiti tade.

  16. bro nk tanya apesal bila saya connect dia tulis internet no access pastu kena tunggu can ne nk buat
    ek?

    • Biasanya berlaku cam tu disebabkan 2 perkara :
      1. Line tak berapa ok pada masa tu..
      2. Device broadband tu ada masalah..saya pernah hadapi situasi macam ni di mana tak boleh connect langsung walaupun line dah full…pergi balik ke maxis atau celcom center,mintak dia check broadband tu..

    • Setakat ni yang saya guna, tak adala penyebabnya, biasa kalau terdisconnect ni sebab line tak berapa clear atau disebabkan hujan jer..

      p/s : Untuk pengetahuan Teha, saya dah masukkan blog teha dalam senarai Blogroll saya, teha boleh tengok kat Blogroll saya tu..

  17. Hahaha, cara ni berkesan untuk saya, cara notepad aritu macam tak berapa menjadi la bro. Thanks for the tips. Kalau download lagu ke nampak laju dan stabil sikit, tak la kejap slow lepastu laju. Tapi kenapa surfing internet still macam biasa je.

    • Em,bagus bro…kalau cara ni menjadi,teruskna dengan cara ni yer bro…
      Surfing internet tu sebenarnya bro takkan rasa sangat perubahannya, sebab tu bro rasa macam biasa jer..boleh cuba buat speed test dulu sebelum dan selepas guna cara ni dan tengok perubahannya..
      Bro akan perasan cara ni berkesan kalau buka youtube atau main video di internet, tak adalah laju sangat tapi menjadi lebih baik la dari sebelum ni..

    • Bro tak akan perasan perubahannya sangat…
      cuba buat speed test sebelum dan selepas bro guna cara ni dan tengok perubahannya..
      Ia bergantung juga pada pakej broadband bro tu dan juga banyak faktor yg lain..

    • Ya,bro..memang digunakan masa habis limit, tapi boleh guna masa tak habis limit juga, cara ni akan stabilkan connection dengan server la..
      Mungkin ramai yang bagi tips camni bro, tapi masing2 cara la..=)

    • Kalau biasa pakai cmd ni bro,teruskan..
      Memang lebih kurang jer sebenarnya, tapi ada yg hadapi masalah guna notepad tu yg saya update lagi benda ni..=)

  18. saya tak ping IP sendiri…tapi saya ping IP DNS… sb ping ip sendiri just return back kat computer sendiri..saya ping DNS supaya tanda line kita always be ready with sender/server maxis..meanwhile.. buat macam nie hanya menaikkan limit usage kalau pakai broadband yang ber-quota… sebab setiap kali ping.. a number of byte akan dihantar dan diterima daripada server dengan laptop user.. ping kebiasaanya digunakan untuk lihat sama ada target alive atau tidak.. that the suppose function of ping :).

    • Memang betul ping DNS lagi bagus bro, tu untuk orang yang mempunyai internet stabil ok la boleh ping dns…
      Bagi broadband susah nak setup DNS ni…lagipun tak ramai tahu pasal DNS ni, kalau bro pakar dalam hal ni, bro sendiri leh tunjukkan cara yg lebih berkesan dalam blog bro..
      mungkin ada yg saya tertinggal nak cakap..=)

    • Ikut yg mana selesa la bro..ada yg suka yg ni dan ada yg suka cara yg lama..
      Em,biar penat bro janji duit masuk..hehe

  19. Ait, ping -t tu bukan untuk ping ip tu sampai dia disconnect ke? Maksud aku selagi kita tak disconnect modem, selagi tu la tak akan habis ping tu. Hmm.. Aku pun tak pandai.., nama je ambik ccna, tapi tak faham pun.. Ps2 satu lagi, ip address aku berada dalam range 10.1.1.0-10.1.1.255 sebab aku guna p1wimax. Dia memang set macam tu.. Maksudnya aku ip address aku dalam private class A la kan? So, nak mintak satu tutorial boleh tak? Aku ada setup laptop aku ni sebagai webserver. Aku install lamp, tapi orang tak boleh access sebab iddress aku private. Boleh buat tutorial tak macam mana nak setting port foward?? Aku dah cari merata dah, tapi semua yang diorang cakap aku tak paham langsung. So, nak mintak tutorial yang senang paham la untuk aku buat port foward guna modem p1wimax.. Thankz bro..

    • Betul tu bro..teknik ini untuk kita kekalkan ping tu selagi tak disconnect, jadi sepanjang masa kita akan sentiasa connect dengan server.
      Em, rindu masa belajar ccna,mesti bro pakar cisco nanti ni…
      Saya tak pernah pakai P1, tapi IP tu memang range terbaik la.
      Pasal tutorial tu tak leh janji bro sebab tak ramai yg tahu pasal ni..
      tapi, pa2hal kita leh chat nanti atau bro leh send email pada saya…

      • Tak per bro,kita sama2 belajar, mungkin ramai gak yang tak tahu hal ni, penerangan pasal IP ni panjang bro,
        tapi sedikitla untuk pengetahuan bro, memang ada IP yang berada dalam julat yang baik dan ada yang sederhana dan lain-lain.

        Untuk IP Julat A – IP dari 1 – 126…contoh 10.1.1.0
        Untuk IP Julat B – IP dari 128 -191..contoh 128.121.1.180
        Untuk IP Julat C – IP dari 192 – 223…contoh 192.168.1.30
        Untuk IP Julat D – IP dari 224 – 239… contoh 226.122.5.17
        Untuk IP Julat E – IP dari 240 – 255…contoh 255.255.255.0

        Setiap julat IP ni ada kelebihannya masing2 dan penerangannya tersendiri…
        dan biasanya broadband akan berada dalam Julat B dan boleh pergi ke Julat C bergantung pada banyak faktor..
        tapi kadang2 IP broadband boleh pergi gak ke Julat A bergantung pada pakej yang dibeli.
        Panjang citenya bro..hehe.

      • Hehe..bro memang selalu bagi idea yg terbaik untuk saya update blog…insyaAllah bro, tengokla cam ner ek..

      • nak tanya ckt bro…mmg sistem ni kekadang normal n kekadang laju ka? sebab 1st sy wat skill ni mmg mantop,download muve pun x sampai 1 jam….kebelakang ni sy guna gak skill ni tp hampeh mcm biasa gak lembab..awat eh…bleh bro kasi penjelasan ckt..?

      • Yap, kadang2 boleh laju dan kadang2 tak menjadi gak, semuanya bergantung pada banyak faktor seperti cuaca..saya pun guna broadband gak bro untuk update blog dan lain2..kadang ok dan kadang tak ok..

      • Jangan cakap noob cam tu bro,kita masing2 ada kelemahan masing2,saya pun mungkin tak tahu apa yg bro tahu..=)
        Em, bila dah cabut modem tu, kena buat dari mula balik dan ping semula…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

cara nak dapatkan facebook id

Cara Nak Dapatkan Facebook ID Sendiri

azizulazami.com

Beza Laman Web WWW dan Tanpa WWW