Lajukan Blog Dengan Plugin Hebat

31 1,152

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Artikel ini merupakan kesinambungan dari Artikel BroZool sebelum ini iaitu, Lajukan Blog Tanpa Plugin. Disebalik menggunakan secara Manual seperti dalam Artikel BroZooL sebelum ini, kebanyakan blogger lebih suka untuk menggunakan plugin-plugin yang percuma dalam WordPress Self Hosted masing-masing.

Tapi, terlampau banyak plugin pun boleh memberi kesan pada blog juga. Namun, ada beberapa plugin yang BroZooL boleh syorkan untuk melajukan blog anda lagi. Walaupun terdapat lambakan plugin untuk melajukan web namun tidak semuanya boleh dipakai. Jadi mesti benar-benar tahu plugin mana yang boleh dipakai. Ramai blogger otai WordPress menyarankan 3 plugin berikut dalam melajukan blog wordpress. Jom kita lihat apakah ia dan cara melakukan settingnya!

Langkah 1 : Install WP-Minify.

Plugin ini akan mengecilkan JavaScript, HTML, CSS file dan sebagainya yang terdapat di blog anda.

Cara Setting: Pergi ke Setting Sidebar dan ikut seperti dibawah.

wpminify-screen

 

Langkah 2 : Install Plugin W3 Total Cache.

Cara Setting: Pergi ke Sidebar-Performance-Page Cache dan ikut seperti dibawah.

w3totalcache-screen

Seterusnya pergi pula ke Browser Cache dan ikut seperti dibawah.

w3totalcache-screen2

Setelah anda install plugin ini anda akan diminta supaya Empty the Cache. Jadi silalah Empty the Cache anda .

Langkah 3 : Install WP Smush.it.

Plugin ini akan mengoptimumkan imej yang anda upload dan setelah ia diinstall tidak memerlukan apa-apa setting.

BroZooL juga dapat informasi berguna ini daripada sahabat seperjuangan BroZooL dalam dunia Blogger ini, Mr. Kerro. Pada mulanya, BroZooL telah fikir untuk memasukkan artikel ini dahulu tapi disebabkan agak sibuk kebelakangan ini, BroZooL terlepas..hehe. Tapi, inilah sebenarnya dunia blogger, kadang-kadang apa yang kita terfikir, dah ada orang lebih cepat daripada kita dan kadang apa yang kita kongsi, dah ada orang lain yang kongsi dahulu. Kebanyakan semua benda yang sama jer, tapi dengan cara masing-masing la.

Namun BroZooL tidak salahkan Mr. Kerro, memang sahabat BroZooL ni tak kurang hebatnya. Sepatutnya BroZool tak perlu cakap, siapa buat dahulu dan siapa yang cepat kan? =) Apa yang penting kita berkongsi ilmu dengan ikhlas. Apa-apapun, terima kasih pada MR. Kerro atas tips yang baik ini. Cubalah anda layari Blog beliau dengan tips-tips yang lebih hebat dari BroZooL.

Sebagai tambahan daripada BroZooL, untuk menggunakan Plugin WP Smush.it , kalau jumlah Artikel yang sedikit serta gambar yang sedikit, memang mudah untuk kita Smush satu persatu gambar yang terdapat di dalam blog kita, namun jika terdapat banyak artikel dan gambar, BroZooL terjumpa satu plugin yang boleh digunakan untuk ReSmush sekaligus semua gambar yang terdapat di blog anda iaitu, AJAX Thumbnail Rebuild. Cuma install dan Generate Automatik semua gambar di dalam blog anda.

rebuild

Anda suka Artikel ini ? Jangan lupa klik “LIKE dan tinggalkan komen anda yer..

p/s: Blog BroZooL pun sebenarnya masih dalam proses testing untuk melajukan lagi..hehe. Lajukan Blog ni bergantung pada banyak faktor sebenarnya. Kalau sekiranya anda rasa blog BroZooL ni ada yang tak kena atau pun masih lambat, harap2 faham la ya…=), InsyaAllah BroZooL akan datang dengan tips2 yang lebih baik lagi..

31 Comments
  1. Hitseo says

    TErima Kasih bro.. Tips anda telah saya manfaatkan… terima kasih atas perkongsian ini.

  2. Jawatan Kosong Kerajaan says

    siap install semuanya..tima kasih utk setting nya.

  3. yas says

    banyak gak tuto tuk wp…aku baru je kelmarin nak main2 ngan wp.com…
    Ada fenin skit arr bro….

    1. Azizul says

      Wp ni best bro..nak bermain dengan coding pun best..tapi saya akan buat tuto untuk blogspot gak nanti..insyaAllah..cepatlah tukar ke Wp bro…=)

  4. Esempoi says

    penting juga loading yang laju ni
    kalau lambat orang lain lari

    1. Azizul says

      Betul tu bro..=)

  5. Junaidiey says

    blog aku rasanya tidak sesuai untuk wp-mignify sbb ganggu theme….

    kurang menarik pula hasilnya bila install plugin ni.

    1. Azizul says

      Ya, Junaidiey..sesetengah theme blog memang tak sesuai disebabkan WP Minify ni akan combine semua file .css dan .js….cukupla pakai W3 Total Cache…

  6. donny says

    satu lagi,blog saya pakai banyak gambar,mungkin salah satu sebab slowkan blog..?

    1. Azizul says

      Ya, betul tu bro..Gambar yang besar akan menyebabkan loading slow.
      Cuba compress kan gambar baru masuk dalam blog..
      Cuba plugin Smush.it dan AJAX Rebuild Thumbnail ni untuk compress kan image dan lihat hasilnya..

  7. donny says

    alamak saya baru delete setengah plugin yang bikin lambat loading,skrg tinggal 9 plugin.nak install takut slow balik pula,blog saya bermasalah kebelakangan ni,selalu dapat mesej 500 error.bro tahu kenapa?

    1. Azizul says

      Bro install sahaja plugin yang saya bagi ni dan lupakan plugin2 lain yang bertujuan untuk melajukan blog lagi.
      Gerenti tak akan jadi berat pakai plugin ni…=)
      Saya tengok blog bro tak adala slow sangat..
      Em,mesej 500 error tu selalunya bukan datang dari admin site atau internet connection, tapi datang dari server. Bro beli domain and hosting dari mana? Cuba tanya balik pihak hosting takut ramai yang guna server sama..

  8. donny says

    lajukan blog tanpa plugin, yang diinstal tu bukan plugin ke bro hehe..blur jap.apapun saya akan test skrg..tq bro..

    1. Azizul says

      Ooo..yang tu tanpa plugin bro, yang ni dengan plugin pulak..hehe

      1. Azizul says

        Ya, yang ni dengan plugin plak, ada yang lebih suka plugin dan secara automatik bro, bukan semua suka manual..=)

  9. eastbullet says

    setelah dibaca artikel seperti ini di blog Mr.Kerro, aku pun cuba guna WP-minify. Tapi lepas activate, template jadi berterabut. Tau tak sebab apa?

    1. Azizul says

      WP-Minify ni akan combine kan semua file css, javascript dalam blog kita dan sekaligus akan buang segala space2 yang terdapat dalam script, bila semua script di combine kan, maka akan jadi berterabur template.
      Jadi, bukan semua template boleh guna untuk minify ni, apa yang saya syorkan, disable semula WP-Minify dan cuma guna W3 Total Cache sahaja..

  10. zik says

    laju2… hehe… combine ketiga2 plugin nie… tapi apakan daya dah banyak sangat… kena consider … huhu…

    1. Azizul says

      Em, terlampau banyak sangat pun boleh menyebabkan loading lagi lambat gak bro..
      Saya rasa bro dapat tentukan yang mana baik dan yang mana tak sesuai pakai…
      Semoga berjaya bro..

  11. AdaAkuKesah says

    aku pakai hari tu bro.. tapi tak reti nk setup.. aku pakai kt blog jutawan nih.. pastu aku del balik.. huhu.. camne entah nk guna, camtu pun aku leh pening nk pakai..

    1. Azizul says

      Kat mana yang bro tak pandai nak setup tu? tak susah sangat bro pakai plugin ni, bro cuma install, kemudian ikut jer seperti dalam gambar yang saya sediakan..
      Senang cerita, bila bro dah install plugin, cuma tick kan semua pada kotak-kotak yang ada dalam plugin tu..
      Tengok perubahan pada blog macam mana, kalau ada masalah, disable semula plugin tersebut..
      Biasa tak akan jadi masalah, cuma plugin WP-Minify kena berjaga2 sikit sebab bukan semua theme sesuai pakai WP-Minify..

      1. AdaAkuKesah says

        ooo.. camtu.. aku try ikut tutorial bro.. nnt aku try bg feedback balik.. satu lagi.. aku ada pakai w3 cache.. tak berlaga ke?

      2. Azizul says

        Bagi saya pakai W3 Total cache pun dah cukup bro..
        tak perlu banyak2 macam W3 Cache dan WP Super Cache..

  12. AdaAkuKesah says

    bro.. aku ada gak pakai gak blog aku yang TanyaLelaki tapi tak bape pandai nk setting.. pastu aku del la.. adehh.. aku pening betul bila bab nak setup2 ni.. marketing bole la..

    1. Azizul says

      Sayangla kalau delete plugin best ni bro..cuba install semula dan ikut apa yang saya tunjukkan..kalau ada masalah juga, bro boleh hubungi saya lagi..saya tolong sampai bro dapat buat..

  13. Mr.Kerro says

    Wah AJAX Thumbnail Rebuild. ni bru dgr..aku kne cuba nih..hehe.. thanks share smula artikel ni 🙂

    1. Azizul says

      Sama2 bro..Saya cuma tambah sikit je dari apa yang bro tulis..hehe.
      AJAX ni boleh digunapakai bersama plugin SMUSH.it tu, kalau nak SMUSH semua gambar sekaligus, boleh guna plugin ni..

  14. akuorgkmpng says

    thanks bro.
    mmg byk betul plugin WP ni..
    kdg2 tu serabut juga nk pilih yg terbaik..
    hehe

    1. Azizul says

      Memang betul bro..
      Memang banyak plugin WP ni, siapa yang tak pakai WP ni memang rugi..hehe..
      Tapi kalau terlampau banyak sangat plugin pun boleh beratkan blog gak..
      Jadi, buat masa ni, plugin ni yang terhebat…

  15. decrewz says

    Dah dicuba.. Thanks for sharing.. 😉

    1. Azizul says

      Sama2 bro..

Leave A Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.