Lajukan Blog Dengan Link Yang Betul

71 1,042

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ini BroZooL ingin berkongsi dengan anda sekalian bagaimana untuk lajukan blog dengan link yang betul atau dengan perkataan lain, bagaimana nak pastikan setiap connection link yang anda buat di blog anda adalah betul atau tidak? Ramai yang tidak tahu perkara ini sebenarnya dan kali ini BroZooL nak buka rahsia ini di mana, dengan cara ini anda akan rasa perbezaannya. Tips ini berguna untuk melajukan WordPress dan melajukan Blogspot.

link2

Perhatikan setiap link yang anda lakukan di blog anda atau semasa anda membuat link baru…kebiasaannya mesti anda akan lakukan seperti ini…

BUKA
<a href="https://www.azizulazami.com"> ATAU <a href="https://www.azizulazami.com/file">

Sebenarnya link yang anda lakukan itu betul tapi caranya salah. Cara ini sebenarnya akan melambatkan proses pengecaman Server untuk mencari link tersebut dan juga menambahkan ruang code di blog anda.

Jadi, bagaimana untuk membuat link yang betul dan seterusnya melajukan blog? Di bawah ini disenaraikan beberapa link yang salah dan link yang sepatutnya anda lakukan untuk lajukan blog anda. Cuba perhatikan perbezaannya dan guna sepenuhnya.

CARA MASUKKAN LINK (UNTUK LINK LUAR SAHAJA)

<a href="https://www.azizulazami.com"> ........ SALAH
<a href="https://www.azizulazami.com/"> ....... BETUL

<a href="https://www.azizulazami.com/file"> ... SALAH
<a href="https://www.azizulazami.com/file/">... BETUL

CARA KURANGKAN RUANGAN CODE (UNTUK LINK DALAMAN SAHAJA)

<a href="https://www.azizulazami.com">......... SALAH
<a href="/">.................................. BETUL

<a href="https://www.azizulazami.com/file">.... SALAH
<a href="/file/">............................. BETUL

<a href="https://www.azizulazami.com/file.html">... SALAH
<a href="/file.html">............................. BETUL

<a href="https://www.azizulazami.com/file/file.html">.. SALAH
<a href="/file/file.html">............................ BETUL

Daripada link yang BroZooL senaraikan, penggunaan tanda “Slash” atau “/” memainkan peranan yang penting di hadapan dan di hujung code anda. Tanda “/” inilah yang akan membawa Server terus mengecam destinasi yang anda hendak tuju dan mencari link tersebut. Cuba anda buat link seperti yang anda buat sebelum ini dan cuba buat seperti yang BroZooL sarankan, dan perhatikan perbezaan kelajuannya apabila sesuatu link itu dibuka.

Rasanya dah ramai yang tahu untuk membuat link kan? Jadi, BroZooL rasa tidak perlulah BroZooL sediakan screenshot untuk membuat link dan di mana sepatutnya untuk mencari code link anda. Tapi,kalau ada masalah, boleh hubungi BroZooL yer..

Anda Suka Artikel Ini ? Jangan Lupa Klik “LIKE” dan Tinggalkan Komen Anda Yer..=)

71 Comments
  1. Babiey Chachak says

    meh try yg ni,kelajuan blogs boleh meningkat 100% works ^_^
    http://nospain.blogspot.com/2013/09/membuat-blog-lebih-cepat-dengan-script.html

    1. BroZooL says

      Wah, memang menarik bro. Terima kasih atas perkongsian..boleh share ni…=)

  2. Asyrof says

    Saya Editor Blog Persatuan Luar Negara Yang Menggunakan Platform Blogspot …Jadi IsuNya …Adakah Sgala Link Yang Saya Post / Page Adalah Sumber Luar Negara ?…

    Saya Masih Tidak Mengerti …

    Thanks ..

  3. KhatGrafik says

    Salam,
    Tips yang betul mantap..
    Wajib tahu bagi webmaster 🙂

    1. Azizul says

      Thanx bro..

  4. teha says

    maksudnye kene latak palang kat setiap url yg nk dilink kan ke?

    1. Azizul says

      Yap teha,,kena letak palang pada hujung url..contoh saya link kan tehanya blogspot dari tehanurfateha.blogspot.com ke tehanurfateha.blogspot.com/ ….
      Cuma tambah palang dibelakang url tersebut untuk mencepatkan proses pengecaman server..

  5. khairil says

    info ini amat berguna kerana ramai yang tidak mengetahui tanda ‘/’ ada fungsinya….terima kasih…

    1. Azizul says

      betul tu bro..amal2kan selalu ek..

  6. Ahmad Fikrizaman says

    Trailing slash tu pun mainkan peranan besar ek.. tak tahu la pulak…

    1. Azizul says

      Yap,memang main peranan yg besar dalam kelajuan blog..

  7. SyafzMagz says

    patut la blog bro loading laju je… huhu…kena start edit link2 yang lama2 ni…

    1. Azizul says

      Masih banyak lagi yg perlu diubah dalam blog saya ni bro..masih tak puas hati dengan kelajuan blog ini..=)

  8. SyafzMagz says

    terima kasih bro…tak tahu pulak yang penggunaan slash tu memberi effect kepada kelajuan loading blog…

    1. Azizul says

      Em,memang akan beri kesan pada kelajuan blog, bila tak ada slash dlm setiap link yg dibuat, post yg dibuat akan jadi slow loading..

  9. Arya Putra says

    best la bro..
    kalau bab2 wordpress ni,
    memang bro la yang paling best..
    cepat2 kasik tutor wordpress lagik..
    tak sabo teman nak bace lagi ni..

    1. Azizul says

      Yeke? Ramai lagi yg power dari saya bro..terima kasih atas sokongan tersebut..sekarang ni tak sempat2 lagi nak buat post..=)

      1. Arya Putra says

        mungkin..mungkin bro cakap lebih ramai yang lebih bagus dari bro tapi hasil penulisan bro lebih mudah difahami so ia mesra pembaca..
        part tu yang best..
        yang lain maybe lebih kompleks, lebih mencabar untuk newcomer..

      2. Azizul says

        Em,terima kasih atas sokongan dan pujian bro tu…=)
        Tapi blog bro pun banyak informasi yg baik,insyaAllah saya nak share beberapa artikel yg bro tulis nanti..

      3. Arya Putra says

        thanks bro..
        terharu plak blogger otai macam
        bro reply sepantas kilat macam ni..
        biasa blogger2 ‘otai’ yang lain
        haram nak reply..
        terima kasih ye..
        bleh aje share..anytime bro..

      4. Azizul says

        Mana ada otai bro..saya pun baru ajer dlm blogging ni..banyak nak kena belajar lagi..=)

  10. nur amina says

    Assalamualaikum. Terima kasih. Info yang byk membantu.

    1. Azizul says

      Sama2 Amina..thanx singgah di sini…

  11. Mus says

    terima kasih atas perkongsian ini..

    1. Azizul says

      Sama2 bro..thanx singgah di sini..

  12. Ismail N says

    Ucchhh.. tak tahu lak. Thanks sbb share ehhh.. Semoga lepas ni laju blog kawe mcm keretapi di China tu 😀

    1. Azizul says

      Hehe..benda ni memang penting bro,lagipun google suka yg pendek2 ni…=)

  13. Faeiz says

    Terima kasih atas perkongsian ini tuan. Saya tak tahu lagi pasal benda ni, nanti boleh diaplikasikan pada blog saya. Terima kasih sekali lagi.

    1. Azizul says

      Sama2 bro,jangan panggil saya tuan, panggil jer bro…=)
      Aplikasikan benda ni dengan baik ek..

  14. afzal laidin says

    bagus sekali. penerangan + gamabr tutorial yg buat senang faham. thanks for sharing this.

    1. Azizul says

      Sama2 bro..terima kasih gak singgah di sini..singgahla selalu ek…=)

  15. eastbullet says

    biasanya cara ni digunakan dalam theme.. contoh macam link ke gambar, akan ada …/gambar.jpg .. nampak macam tak lengkap, tapi ini cara yang betul.. namun aku amat cara guna kaedah ni kerana malas nak edit2..

    1. Azizul says

      Betul tu bro,tak ramai yg tak tahu cara pendekkan url link ni termasuk gambar yang di link kan..pendekkan url ni penting untuk seo kita…

      1. teha says

        tak faham yg ni…

      2. Azizul says

        tak faham yg mana tu teha?

  16. edy says

    saya bab macam iniklah yang paling lemah.tak berapa faham sangat

    1. Azizul says

      Senang jer ni bro..bro cuma pastikan setiap link ynag bro buat di blog bro tu,kena ada tanda slash di belakangnya…
      contoh : http://www.ceritadqimie.com/

  17. sayacomel says

    macam tu..leh cuba ni.. 🙂

    1. Azizul says

      Cuba jgn tak cuba..thanx singgah di sini..jangan lupa jadi followers saya ek..=)

  18. Mrs.Ayie says

    Terima kasih berkongsi, penting rupanya tanda slash tu. Kadang-kadang benda2 kecik ni kita yang tak perasan

    1. Azizul says

      Em,betul tu ayie..kadang2 benda remeh ni la yg penting dan ramai tak perasan..

  19. decrewz says

    Oo.. Camtu.. Thanks sebab sudi kongsikan.. Yang utama ialah penggunaan ‘/’ kat ujung url rupanya..

    1. Azizul says

      Betul tu bro..penggunaan slash tu la mempercepatkan proses pengecaman server ke destinasi yg nak dituju..xder slash tu pun boleh gak tapi lambatla dia nak kesan..

  20. akuorgkmpng says

    thanks bro.. dpt ilmu baru lgi..

    1. Azizul says

      Sama2..=)

  21. yas says

    Insyaallah..kalau tuan umah ramah gua akan rajin nyinggah…hehehe

    1. Azizul says

      Hehe..tuan rumah tggu ajer pinangan dari pihak laki..=)

      1. yas says

        Hahaha…gilerz la bro..kang meletop giler sampai kalah kes anwar…

      2. Azizul says

        Sekadar gurauan jer bro..hehe.

        p/s: bro ada follow blog saya ni kan? tapi link bro tak letak..bro blh tgk di sini utk paparkan link blog bro…
        https://azizulazami.com/rugi-daftar-google-friends-jika-tidak-dapat-dikunjungi/

      3. yas says

        tau bro…hehehe

        Okeh tima kasih…terus ke sana…

  22. yas says

    baru tau bro..thanks da info….

    1. Azizul says

      Sama2 yas…thanx singgah di sini..=)

  23. Kidney Expert says

    Terima kasih bro zool. InsyaAllah saya akan cuba praktikkan nanti ye. Kalau ada pe2 saya akan rujuk bro balik.

    1. Azizul says

      Sama2..jgn segan dan jgn malu utk rujuk semula bro..=)

  24. Juan says

    serius aku x tau pasal slash tu ada kebaikkan, thanks azizul

    1. Azizul says

      Banyak kebaikannya bro…salah satunya untuk lajukan blog..

  25. zik says

    betul2 setuju… kena buat macam ni…

    1. Azizul says

      Betul tu bro..penting untuk kelajuan blog…

  26. ohcikgu says

    tak tahulah plak ada beza yang ada palang dnegan takde palang..bolehlah tukar lepas ni..

    1. Azizul says

      Ada bezanya cikgu, kalau ada palang ni lambat sikit server nak detect link tu, kalau ada palang di hujung,server akan terus pergi ke destinasi yg nak dituju,jadi lebih cepat…cuba cikgu edit semula link2 yg dibuat sebelum ini satu persatu dan tengok hasilnya..=)

  27. Affan says

    owh, macam first time baca ni.
    thanks bro, ada rasionalnya

    1. Azizul says

      First time ek bro..hehe. Bagusla tak ada lagi yang buat entri ni..=)
      Memang penting ni bro…

      1. suri says

        erm..macm first time jer tahu heeeee…

        terima kasih bro..klu suri bt bgi msti wat backup dulu heee…

      2. Azizul says

        Yeke Fisrt time? Terharunya..huhu.
        Saya berkongsi ilmu yg ada jer suri, rasa puas kalau dapat tolong orang..=)
        Jangan risau Suri, ni cuma link jer kena diperbetulkan..tak kaco benda yg lain…tapi backup tu memang sentiasa kena buatla…

  28. Hisyam says

    La, ada guna rupanye tanda “/” ni. Selalu kalau ada tanda ni saya buang.hehehe

    1. Azizul says

      Jangan buang bro, tanda palang ni la menyebabkan server senang nak cari tempat yg nak dituju, kalau xder..still server leh cari tapi lambat la…

  29. iza says

    Assalam..
    Bagus ilmu ni…
    Sebelum ni jarang nak taip url, biasanya klik je apa yg ada terutamanya yg dah di bookmark.
    Terima kasih.

    1. Azizul says

      Wslm akak..lepas ni bolehlah cuba apply yer kak..penting ni kak untuk kurangkan page load..

  30. fyka says

    assalammualaikum 🙂 ohh macam tu erk?? patut selalu bila cari lembab macam sipot. sipot pun laju sikit. masih info ni 🙂

  31. Azizul says

    Yap,macam tula Fyka,tanda palang tu yg menyebabkan server akan terus cari destinasi yang nak dituju..amal-amalkan selalu ek…=)

Leave A Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.