...

Komputer yang lembab akan menyebabkan kerja-kerja kita menjadi terbantut dan susah untuk meneruskan kerja lebih-lebih lagi yang terlibat dalam kerja-kerja online atau bisnes online. Banyak faktor yang menyebabkan komputer jadi lembab lebih-lebih lagi apabila anda tidak menguruskan komputer anda dengan baik.

Dalam artikel kali ini, BroZooL akan bongkarkan rahsia bagaimana nak jadikan komputer laju hanya dengan notepad dengan menggunakan 3 langkah mudah sahaja. Sebelum itu, cuba anda buka seberapa banyak fail dan folder dalam sekaligus di komputer anda dan lihat kesannya. Cuba langkah-langkah di bawah dan bandingkan perbezaannya.

Cara Nak Jadikan Komputer Laju

Langkah 1 : Buka Notepad anda dan taipkan code seperti ini.

Cara Menulis : mystring=(80000000)

jadikan komputer laju hanya dengan notepad

Langkah 2 : Kemudian, simpan fail Notepad ini dengan nama [ram.vbs] dan simpan di Desktop Komputer anda.

jadikan komputer laju hanya dengan notepad

Langkah 3 : Klik 2x pada fail tadi dan alamilah kelajuan Komputer yang anda tidak pernah rasa sebelum ini.

jadikan komputer laju hanya dengan notepad

 

Teknik ini juga sekaligus telah melajukan proses membuka laman web di internet.  

Cubalah, baru anda tahu keberkesanannya ! Sungguh mudah dan senang bukan? Sebar-sebarkan kepada rakan anda dan katakan pada mereka anda telah jadikan komputer laju hanya dengan notepad =)

76 Responses

  1. Memang betul la bro…laju dah PC kat opis aku nih…terima kasih atas sharing mende2 gempak camni…teruskan usaha kau…aku yakin dan pasti, kau akan berjaya untuk mencapai apa yang kau idam2kan…amin…

    1. Cikgu Shah, Terima Kasih kerana menanyakan satu soalan yang penting yang mungkin saya lupa untuk masukkan dalam artikel saya.
      Jadi, untuk semua pembaca yang setia, teknik ini sebenarnya akan menaikkan penggunaan RAM dlm komputer anda. Apabila kt tlh menggunakan komputer dengan kerap, maka RAM kt sedikit banyak akan berkurang . Jadi, ringkasnya, teknik ini sebenarnya akan boost kan RAM kt. Banyak penerangan dari segi teknikal tentang hal ni, tp sebagai peringatan kepada pembaca, anda cuma perlu KLIK SEKALI sudah memadai apabila anda terasa komputer anda terlalu perlahan. Klik banyak kali kemungkinan akan menyebabkan data anda hilang. Tapi,jangan risau, saya telah menggunakan teknik ini lebih daripada 4 tahun dan data saya sentiasa selamat.

      Tips penting daripada saya, untuk keselamatan data anda :
      1. Anda boleh guna komputer anda seperti biasa dan JANGAN klik RAM.vbs ini selagi komputer anda berada dalam keadaan OK.
      2. Sebelum anda SHUTDOWN komputer dan semua program telah ditutup, klik RAM.vbs ini untuk melajukan kembali komputer anda TAPI sekiranya anda rasa komputer anda perlahan sahaja.
      3. Bagi yang mempunyai duit lebih, anda juga boleh membeli dan menambah RAM komputer anda. Tapi, bagi pengguna biasa, anda cuma perlu ikut tips yg saya beri ini sahaja sudah memadai.

      Jangan risau ! Tiada apa-apa yang akan berlaku sekiranya anda ikut tips saya dengan baik dan alamilah sendiri kehebatannya… 🙂

  2. wahhhhhhhhhh………………ko da jadi ahli falaq komputer loph heheheheheheh aku skonggggggggggggggg yobbbbbbbbbbbbbbbbbb

    1. dila..jangan salah faham..ni tips untuk lajukan komputer bukan untuk lajukan internet..InsyaAllah abang akan tunjukkan cara untuk lajukan internet di lain masa..

  3. Azizul sy nak bertnya cket. cara ni x memberi kesan buruk pada RAM kita ke? bukankah cara ni membuatkan RAM kita bekerja 2 kali ganda?mcm RAM cepat panas ke.hmm sy musykil sungguh la. takot pulak RAM sy nanti rosak.haha

    1. daamxlaws, jangan musykil2..hehe. Cara ni takkan merosakkan RAM kalau kita menggunakannya dengan cara yg betul, saudara boleh baca lebih lanjut di komen yang saya reply pada cikgu shah di bawah. Cuma,untuk pengetahuan saudara, guna ketika komputer rasa slow sahaja, jgn di klik bnyk kali..

      1. owh mcm tu. tapi setakat ni laptop sy ok ja.xde apa2 masalah.cuma nak buat cara ni kat desktop rumah sy.cuma mempunyai RAM 512 DDR2 saje. elok lah kalau guna trick notepad ni. nanti nak maen game pown x sangkut2.anyway, thanks bro azizul.hehe

        1. Cara ni tak ada la nak laju gila2 bro..
          bro akan perasan sikit jer perubahan dia…
          Tapi bro masukkan code tu betul2 tak? Pastikan jumlah “0” tu cukup..Kalau tak cukup memang tak jadi..

          1. Biasa kalau keluar “Can’t find script engine tu disebabkan problem dengan Registry system dan file VBScript.DLL missing..
            Bro kena clearkan dulu benda ni..
            Pergi ke RUN..pastu taip regsvr32 VBScript dan klik OK…
            Kalau berjaya di loading script ni, dia akan tulis succesfull, kalau tak berjaya bro kena clearkan registry dulu pakai Registry Cleaner.

  4. Salam Bro…

    Saya dah cuba teknik yang bro ajar ni. Memang ada perubahan pada PC saya..Ternyata kepantasannya menakjubkan!! Thanks Bro…

  5. last comment bln 12 2010? waduh…xsempat btanya kat bro prob pc ni…kalau ada lg bro azizul..sy mau tawu knp laptop sy loading lama sgt bila baru ON…mau bg laju sket boleh x bro?

      1. BRO LU MMG PAWER BRO…CUN LA GUA TEST SEMUA TIP LU MMG CUN…GUA EX GRADUAN IT PUN TAK PERNAH TERFIKIR SEMUA NIE

  6. Salam… bro…diharap entri yang akan datang bro boleh tunjukkan tutorial cara untuk letak button like’facebook’ pada setiap post..

  7. tq….icon y save 2 bleh buang or simpan jer…lg 1 nk tnya mcm mna nak hack laptop or pc klu dah lupa password harap dpt bantu

    1. simpan sahaja icon tu bro untuk kegunaan masa lain..
      untuk lupa pasword tu, insyaAllah saya akan buat satu tutorial lain pasal ni kalau kesempatan..

  8. ni nak tanye… bab nk clik tu kan… dia one time ke atau setiap kali on PC kne buat… thx 4 the tip…

  9. Hi, nak tanya ni. Office i guna tplink wireless router. Ada tak cara nak tengok website yang staff kat sini layar? Nak tahu nama website je, kalau boleh dengan masa sekali. I dah log into the router url, system log kat situ I tak faham.

    1. Hi Mona, maaf..buat masa ini saya tak mahu dedahkan perkara ini kerana ianya bakal mengganggu privacy orang lain dan pihak syarikat biasanya ada polisi sendiri berdasarkan pengalaman saya bekerja di syarikat swasta dahulu dan kenyataan saya akan menyebabkan saya kena bannned..=)

      1. oh kalau macam tu takpe… tapi perkara ni boss yang suruh cari sbb dia nak monitor staff supaya diorang tak bazir masa…ianya satu project untuk saya… but if you hesitate , takpe… i kan cuba cari penyelesaian…

  10. Bang saya nak tanya. kalau saya cabut wayar ethernet dari modem ke router ofis saya. pastu saya terus masuk wayar ethernet dari pc saya ke modem tersebut tanpa melalui router adakah ia akan reconfigure.. ?

    –hamba yg buta–

  11. kena try test cuba nie.. skrg nie mmg lappy nie lembab memanjang je kerjanya… banyak sampah sarap kot, guna trik notepad ni dululah untuk sementara nti dah free2 sikit bru buat aktiviti cleaning… hohohoohh..

  12. Salam. Saya nak tanya, tiap kali sy buka folder mesti folder akan terhide dekat sebelah tepi. Macam mana nak fix problem tu ye?

    1. Hik Cik Amira, boleh saya tahu cik Amira guna Windows apa ya? Ini jawapan saya secara general ya sebab saya tak tahu keadaan sebenar dekat komputer cik Amira tu? Biasanya kalau ada masalah macam ni, mesti ada virus di komputer cik Amira tu. Jadi, sama ada kena scan for virus tu untuk buang atau reformat komputer semula.

  13. Yeke. Saya guna windows 7. Sy dah cuba buang virus tapi masih jadi lagi. Dan, startup sy pun jadi slow sikit. Ade ke cara lain utk bersihkan virus tu selain format?

    1. Slow startup ni biasanya disebabkan banyak application/software yang dipasang dalam komputer tu yang menyebabkan ia running in background. Ia boleh dibuang sahaja guna software. Tapi kalau dah buang pun masih slow startup tu ditambah pulak ada virus yang lain, cik Amira kena reformat balik komputer tu dan pastikan backup dulu segala file dalam komputer tu ya. Itu jer penyelesaian yang ada. Tapi, cuba dulu guna CCleaner untuk bersihkan startup dan remove segala temporary file dalam tu. DOWNLOAD KAT SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.