...

Cegah Sebelum Kena !

Ramai yang tak tahu perkara ini dan ramai yang amik mudah hal ini. Di mana selalunya datang VIRUS di Komputer anda ? Apabila VIRUS wujud di Komputer anda, nak buat kerja pun tak senangkan? Jadi, cegah sebelum kena !

Artikel kali ini BroZooL akan tunjukkan 2 langkah mudah untuk anda mengelak daripada terkena serangan VIRUS dan juga tips tambahan untuk anda menyimpan data anda dengan selamat. Biasanya VIRUS yang datang kebanyakannya daripada Pen Drive atau Thumb Drive anda.

Dengan langkah yang BrozooL tunjukkan ini, anda tidak perlu Antivirus pun boleh selamatkan komputer anda daripada terkena serangan VIRUS…Betul ke ni ? Ya, hanya 2 langkah ! Tak percaya..ikut langkah ini…

2 Langkah Elak Virus

Langkah 1 : Apabila anda masukkan Pen Drive atau Thumb Drive di komputer anda, biasanya akan muncul satu tetingkap “Autoplay” seperti di bawah ini. Ini adalah satu kesilapan yang ramai orang tidak tahu perkara ini kerana kebanyakannya akan klik terus pada “Open Folder to View Files”… betul tak?

Tahukah anda apabila anda klik sahaja pada Folder tersebut, secara automatik VIRUS akan masuk ke komputer anda ? Ya, secara tidak langsung anda telah aktifkan satu file yang dinamakan “AutoRun.inf”…Walaupun file ini bukanlah VIRUS sebenarnya tapi file inilah penyebab VIRUS anda berkembang di kemudian hari…Jadi macam mana nak buka Pen Drive anda ? Baca langkah seterusnya…

virus

Langkah 2 : Buka My Computer anda dan buka Pen Drive anda melalui Address Bar yang biasanya berada di atas dan tengah-tengah My Computer anda. Untuk Pengguna Windows Vista ke atas, klik pada anak panah kecil di sebelah perkataan Computer dan satu menu Drop Down akan muncul memaparkan semua yang terdapat di Komputer anda seperti dalam gambar..

Untuk pengguna Windows XP ke bawah, anda juga perlu klik pada anak panah kecil yang terdapat di Address Bar. Kemudian, klik pada Pen Drive anda dan SELESAI…!! Wah, mudahnya ! Perkara mudah inilah yang kebanyakan orang tidak ambil peduli dan tidak sedar.

elak virus

BroZooL dah amalkan langkah ini sejak dari dulu lagi dan tak perlukan Antivirus dalam Komputer kerana BroZooL yakin Komputer BroZooL tidak mempunyai VIRUS..:) Jika anda amalkan langkah ini, insyaAllah komputer anda akan selamat daripada serangan VIRUS.

Sebenarnya banyak sebab yang boleh menyebabkan komputer anda terkena serangan VIRUS ini dan sebelum terkena pastikan kita elak virus dari menular. Percayalah kerana langkah ini telah diuji berjuta kali dan dicuba di beberapa buah komputer.

Tips Gempak Tambahan

Di manakah tempat yang paling selamat untuk anda simpan data anda? Kebanyakan orang akan ambil jalan mudah dengan menyimpan datanya di [Desktop] Komputer atau pun di [My Document] atau di mana-mana sahaja dalam [Local Disk C].

Untuk keselamatan data anda, pastikan anda JANGAN simpan di tempat yang disebut di atas, lebih baik simpan di [Local Disk D] anda ataupun di partition yang lain selain daripada [Local Disk C] kerana aktiviti-aktiviti VIRUS selalunya akan serang di [Local Disk C] dahulu dan data anda susah untuk diselamatkan.

elak virus

Amal dan pesan-pesan pada kawan-kawan anda yang pinjam komputer anda yer…!

22 Responses

    1. Terima kasih atas support dari bro tu..ni pun tak sempat2 lagi nak update yg terbaru..hehe. Orang macam bro ni lah yg beri sokongan kepada saya,thanx bro…

    1. Silakan bro..tapi kalau leh gambar jgn dicopy link macam tu jer yer..nanti bandwith pun ditarik sekali..bro kena save as gambar ke desktop bro dulu dan upload semula..
      Terima kasih singgah di sini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.