...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Artikel ini merupakan kesinambungan dari Artikel BroZool sebelum ini iaitu, Lajukan Blog Dengan Code Mudah. Disebalik menggunakan secara Manual seperti dalam Artikel BroZooL sebelum ini, kebanyakan blogger lebih suka untuk menggunakan plugin-plugin yang percuma dalam WordPress Self Hosted masing-masing.

Tapi, terlampau banyak plugin pun boleh memberi kesan pada blog juga. Namun, ada beberapa plugin yang BroZooL boleh syorkan untuk melajukan blog anda lagi. Walaupun terdapat lambakan plugin untuk melajukan web namun tidak semuanya boleh dipakai. Jadi mesti benar-benar tahu plugin mana yang boleh dipakai. Ramai blogger otai WordPress menyarankan 3 plugin berikut dalam melajukan blog wordpress.

Jom kita lihat apakah ia dan setting plugin untuk lajukan blog anda.

Langkah 1 : Install WP-Minify.

Plugin ini akan mengecilkan JavaScript, HTML, CSS file dan sebagainya yang terdapat di blog anda.

Cara Setting: Pergi ke Setting Sidebar dan ikut seperti dibawah.

wpminify-screen

 

Langkah 2 : Install Plugin W3 Total Cache.

Cara Setting: Pergi ke Sidebar-Performance-Page Cache dan ikut seperti dibawah.

w3totalcache-screen

Seterusnya pergi pula ke Browser Cache dan ikut seperti dibawah.

w3totalcache-screen2

Setelah anda install plugin ini anda akan diminta supaya Empty the Cache. Jadi silalah Empty the Cache anda .

Langkah 3 : Install WP Smush.it.

Plugin ini akan mengoptimumkan imej yang anda upload dan setelah ia diinstall tidak memerlukan apa-apa setting.

Sebagai tambahan daripada BroZooL, untuk menggunakan Plugin WP Smush.it , kalau jumlah Artikel yang sedikit serta gambar yang sedikit, memang mudah untuk kita Smush satu persatu gambar yang terdapat di dalam blog kita, namun jika terdapat banyak artikel dan gambar, BroZooL terjumpa satu plugin yang boleh digunakan untuk ReSmush sekaligus semua gambar yang terdapat di blog anda iaitu, AJAX Thumbnail Rebuild. Cuma install dan Generate Automatik semua gambar di dalam blog anda.

rebuild

Anda suka Artikel ini ? Jangan lupa klik “LIKE dan tinggalkan komen anda yer..

p/s: Blog BroZooL pun sebenarnya masih dalam proses testing untuk melajukan lagi..hehe. Lajukan Blog ni bergantung pada banyak faktor sebenarnya. Kalau sekiranya anda rasa blog BroZooL ni ada yang tak kena atau pun masih lambat, harap2 faham la ya…=). InsyaAllah BroZooL akan datang dengan tips-tips yang lebih baik lagi..

31 Responses

    1. Memang betul bro..
      Memang banyak plugin WP ni, siapa yang tak pakai WP ni memang rugi..hehe..
      Tapi kalau terlampau banyak sangat plugin pun boleh beratkan blog gak..
      Jadi, buat masa ni, plugin ni yang terhebat…

    1. Sama2 bro..Saya cuma tambah sikit je dari apa yang bro tulis..hehe.
      AJAX ni boleh digunapakai bersama plugin SMUSH.it tu, kalau nak SMUSH semua gambar sekaligus, boleh guna plugin ni..

    1. Sayangla kalau delete plugin best ni bro..cuba install semula dan ikut apa yang saya tunjukkan..kalau ada masalah juga, bro boleh hubungi saya lagi..saya tolong sampai bro dapat buat..

    1. Kat mana yang bro tak pandai nak setup tu? tak susah sangat bro pakai plugin ni, bro cuma install, kemudian ikut jer seperti dalam gambar yang saya sediakan..
      Senang cerita, bila bro dah install plugin, cuma tick kan semua pada kotak-kotak yang ada dalam plugin tu..
      Tengok perubahan pada blog macam mana, kalau ada masalah, disable semula plugin tersebut..
      Biasa tak akan jadi masalah, cuma plugin WP-Minify kena berjaga2 sikit sebab bukan semua theme sesuai pakai WP-Minify..

    1. Em, terlampau banyak sangat pun boleh menyebabkan loading lagi lambat gak bro..
      Saya rasa bro dapat tentukan yang mana baik dan yang mana tak sesuai pakai…
      Semoga berjaya bro..

    1. WP-Minify ni akan combine kan semua file css, javascript dalam blog kita dan sekaligus akan buang segala space2 yang terdapat dalam script, bila semua script di combine kan, maka akan jadi berterabur template.
      Jadi, bukan semua template boleh guna untuk minify ni, apa yang saya syorkan, disable semula WP-Minify dan cuma guna W3 Total Cache sahaja..

      1. Ya, yang ni dengan plugin plak, ada yang lebih suka plugin dan secara automatik bro, bukan semua suka manual..=)

  1. alamak saya baru delete setengah plugin yang bikin lambat loading,skrg tinggal 9 plugin.nak install takut slow balik pula,blog saya bermasalah kebelakangan ni,selalu dapat mesej 500 error.bro tahu kenapa?

    1. Bro install sahaja plugin yang saya bagi ni dan lupakan plugin2 lain yang bertujuan untuk melajukan blog lagi.
      Gerenti tak akan jadi berat pakai plugin ni…=)
      Saya tengok blog bro tak adala slow sangat..
      Em,mesej 500 error tu selalunya bukan datang dari admin site atau internet connection, tapi datang dari server. Bro beli domain and hosting dari mana? Cuba tanya balik pihak hosting takut ramai yang guna server sama..

    1. Ya, betul tu bro..Gambar yang besar akan menyebabkan loading slow.
      Cuba compress kan gambar baru masuk dalam blog..
      Cuba plugin Smush.it dan AJAX Rebuild Thumbnail ni untuk compress kan image dan lihat hasilnya..

    1. Ya, Junaidiey..sesetengah theme blog memang tak sesuai disebabkan WP Minify ni akan combine semua file .css dan .js….cukupla pakai W3 Total Cache…

    1. Wp ni best bro..nak bermain dengan coding pun best..tapi saya akan buat tuto untuk blogspot gak nanti..insyaAllah..cepatlah tukar ke Wp bro…=)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.