in

LoveLove

Cara Lajukan Blog Dengan Link Yang Betul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ini BroZooL ingin berkongsi dengan anda sekalian bagaimana untuk lajukan blog dengan link yang betul atau dengan perkataan lain, bagaimana nak pastikan setiap connection link yang anda buat di blog anda adalah betul atau tidak? Ramai yang tidak tahu perkara ini sebenarnya dan kali ini BroZooL nak buka rahsia ini di mana, dengan cara ini anda akan rasa perbezaannya. Tips ini berguna untuk melajukan WordPress dan melajukan Blogspot.

link2

Perhatikan setiap link yang anda lakukan di blog anda atau semasa anda membuat link baru…kebiasaannya mesti anda akan lakukan seperti ini…

BUKA
<a href=”https://www.azizulazami.com”> ATAU <a href=”https://www.azizulazami.com/file”>

Sebenarnya link yang anda lakukan itu betul tapi caranya salah. Cara ini sebenarnya akan melambatkan proses terhadap pengecaman Server untuk mencari link tersebut dan juga menambahkan ruang code di blog anda.

Jadi, bagaimana untuk membuat link yang betul dan seterusnya melajukan blog? Di bawah ini disenaraikan beberapa link yang salah dan link yang sepatutnya anda lakukan untuk lajukan blog anda. Cuba perhatikan perbezaannya dan guna sepenuhnya.

CARA MASUKKAN LINK (UNTUK LINK LUAR SAHAJA)

<a href="https://www.azizulazami.com"> ........ SALAH
<a href="https://www.azizulazami.com/"> ....... BETUL

<a href="https://www.azizulazami.com/file"> ... SALAH
<a href="https://www.azizulazami.com/file/">... BETUL

CARA KURANGKAN RUANGAN CODE (UNTUK LINK DALAMAN SAHAJA)

<a href="https://www.azizulazami.com">......... SALAH
<a href="/">.................................. BETUL

<a href="https://www.azizulazami.com/file">.... SALAH
<a href="/file/">............................. BETUL

<a href="https://www.azizulazami.com/file.html">... SALAH
<a href="/file.html">............................. BETUL

<a href="https://www.azizulazami.com/file/file.html">.. SALAH
<a href="/file/file.html">............................ BETUL

Daripada link yang BroZooL senaraikan, penggunaan tanda “Slash” atau “/” memainkan peranan yang penting di hadapan dan di hujung code anda. Tanda “/” inilah yang akan membawa Server terus mengecam destinasi yang anda hendak tuju dan mencari link tersebut. Cuba anda buat link seperti yang anda buat sebelum ini dan cuba buat seperti yang BroZooL sarankan, dan perhatikan perbezaan kelajuannya apabila sesuatu link itu dibuka.

Rasanya dah ramai yang tahu untuk membuat link kan? Jadi, BroZooL rasa tidak perlulah BroZooL sediakan screenshot untuk membuat link dan di mana sepatutnya untuk mencari code link anda. Tapi,kalau ada masalah, boleh hubungi BroZooL yer..

Anda Suka Artikel Ini ? Jangan Lupa Klik “LIKE” dan Tinggalkan Komen Anda Yer..=)

Written by BroZooL

Azizul Azami Ibrahim aka BroZooL mempunyai 19 tahun pengalaman dalam bidang programming yang merangkumi Laravel, Javascript, Kotlin, ASP.Net, HTML, PHP, C#, VB.Net. Pernah bekerja sebagai IT Manager di sebuah Syarikat Oil & Gas selama 6 tahun dan sekarang adalah Usahawan Internet sepenuh masa.

71 Comments

Leave a Reply
  1. meh try yg ni,kelajuan blogs boleh meningkat 100% works ^_^
    http://nospain.blogspot.com/2013/09/membuat-blog-lebih-cepat-dengan-script.html

  2. Saya Editor Blog Persatuan Luar Negara Yang Menggunakan Platform Blogspot …Jadi IsuNya …Adakah Sgala Link Yang Saya Post / Page Adalah Sumber Luar Negara ?…

    Saya Masih Tidak Mengerti …

    Thanks ..

    • Yap teha,,kena letak palang pada hujung url..contoh saya link kan tehanya blogspot dari tehanurfateha.blogspot.com ke tehanurfateha.blogspot.com/ ….
      Cuma tambah palang dibelakang url tersebut untuk mencepatkan proses pengecaman server..

    • Masih banyak lagi yg perlu diubah dalam blog saya ni bro..masih tak puas hati dengan kelajuan blog ini..=)

  3. terima kasih bro…tak tahu pulak yang penggunaan slash tu memberi effect kepada kelajuan loading blog…

    • Em,memang akan beri kesan pada kelajuan blog, bila tak ada slash dlm setiap link yg dibuat, post yg dibuat akan jadi slow loading..

  4. best la bro..
    kalau bab2 wordpress ni,
    memang bro la yang paling best..
    cepat2 kasik tutor wordpress lagik..
    tak sabo teman nak bace lagi ni..

    • Yeke? Ramai lagi yg power dari saya bro..terima kasih atas sokongan tersebut..sekarang ni tak sempat2 lagi nak buat post..=)

      • mungkin..mungkin bro cakap lebih ramai yang lebih bagus dari bro tapi hasil penulisan bro lebih mudah difahami so ia mesra pembaca..
        part tu yang best..
        yang lain maybe lebih kompleks, lebih mencabar untuk newcomer..

      • Em,terima kasih atas sokongan dan pujian bro tu…=)
        Tapi blog bro pun banyak informasi yg baik,insyaAllah saya nak share beberapa artikel yg bro tulis nanti..

      • thanks bro..
        terharu plak blogger otai macam
        bro reply sepantas kilat macam ni..
        biasa blogger2 ‘otai’ yang lain
        haram nak reply..
        terima kasih ye..
        bleh aje share..anytime bro..

  5. Ucchhh.. tak tahu lak. Thanks sbb share ehhh.. Semoga lepas ni laju blog kawe mcm keretapi di China tu 😀

  6. Terima kasih atas perkongsian ini tuan. Saya tak tahu lagi pasal benda ni, nanti boleh diaplikasikan pada blog saya. Terima kasih sekali lagi.

  7. biasanya cara ni digunakan dalam theme.. contoh macam link ke gambar, akan ada …/gambar.jpg .. nampak macam tak lengkap, tapi ini cara yang betul.. namun aku amat cara guna kaedah ni kerana malas nak edit2..

    • Senang jer ni bro..bro cuma pastikan setiap link ynag bro buat di blog bro tu,kena ada tanda slash di belakangnya…
      contoh : http://www.ceritadqimie.com/

  8. Terima kasih berkongsi, penting rupanya tanda slash tu. Kadang-kadang benda2 kecik ni kita yang tak perasan

    • Betul tu bro..penggunaan slash tu la mempercepatkan proses pengecaman server ke destinasi yg nak dituju..xder slash tu pun boleh gak tapi lambatla dia nak kesan..

      • Sekadar gurauan jer bro..hehe.

        p/s: bro ada follow blog saya ni kan? tapi link bro tak letak..bro blh tgk di sini utk paparkan link blog bro…
        https://azizulazami.com/rugi-daftar-google-friends-jika-tidak-dapat-dikunjungi/

  9. Terima kasih bro zool. InsyaAllah saya akan cuba praktikkan nanti ye. Kalau ada pe2 saya akan rujuk bro balik.

    • Ada bezanya cikgu, kalau ada palang ni lambat sikit server nak detect link tu, kalau ada palang di hujung,server akan terus pergi ke destinasi yg nak dituju,jadi lebih cepat…cuba cikgu edit semula link2 yg dibuat sebelum ini satu persatu dan tengok hasilnya..=)

      • erm..macm first time jer tahu heeeee…

        terima kasih bro..klu suri bt bgi msti wat backup dulu heee…

      • Yeke Fisrt time? Terharunya..huhu.
        Saya berkongsi ilmu yg ada jer suri, rasa puas kalau dapat tolong orang..=)
        Jangan risau Suri, ni cuma link jer kena diperbetulkan..tak kaco benda yg lain…tapi backup tu memang sentiasa kena buatla…

    • Jangan buang bro, tanda palang ni la menyebabkan server senang nak cari tempat yg nak dituju, kalau xder..still server leh cari tapi lambat la…

  10. Assalam..
    Bagus ilmu ni…
    Sebelum ni jarang nak taip url, biasanya klik je apa yg ada terutamanya yg dah di bookmark.
    Terima kasih.

  11. assalammualaikum 🙂 ohh macam tu erk?? patut selalu bila cari lembab macam sipot. sipot pun laju sikit. masih info ni 🙂

  12. Yap,macam tula Fyka,tanda palang tu yg menyebabkan server akan terus cari destinasi yang nak dituju..amal-amalkan selalu ek…=)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Terbangkan Gambar Di Facebook Anda!

Terbangkan Gambar Di Facebook Anda!