in

Beza Laman Web WWW dan Tanpa WWW

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahukah anda apa bezanya Laman Web dengan www di depan dan tanpa www di depannya ? Sebagai contoh, http://www.azizulazami.com/ dan https://azizulazami.com/, apa bezanya ?

Merungkap permasalahan inilah, sebagai informasi kepada anda yang masih belum mengetahui hal ini, BroZooL akan menerangkan serba sedikit beza laman web www dan tanpa www. Secara amnya kedua-duanya adalah sama dan menuju pada laman web yang sama namun persoalannya adakah ia akan memberi kesan apa-apa yang kita tak nampak?

azizulazami.com

Walaupun kedua-duanya menuju ke laman web yang sama, tapi sebenarnya yang membezakannya ialah backlink bagi kedua-duanya. Senang kata, backlink ini sebenarnya adalah mana-mana link yang diterima daripada sesuatu laman web. Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

1.  Internal Link dari laman yang sama. Contohnya, Blog BroZooL mempunyai Artikel 1, Artikel 2 dan Artikel 3. Dan Internal Link berlaku apabila di Artikel 3, ada link untuk pergi ke Artikel 2 dan Artikel 1. Sebagai contohnya, BroZooL link kan Artikel ini dengan Artikel BroZooL sebelum ini : Lajukan Blog dengan Code Mudah.

2. External Link : External Link ini merupakan link yang diterima masuk dari laman luar. Contohnya, BroZooL link kan blog ini dengan blog sahabat BroZooL, Coach Jamil. Secara tak langsung, Coach Jamil akan menerima baclink daripada BroZooL.

Proses inilah dikenali sebagai backlink dan kebiasaanya backlink dirujuk sebagai salah satu proses dalam tingkatkan Search Engine Optimization (SEO) sesuatu blog dan backlink ini amat penting untuk tujuan menaikkan Ranking sesuatu laman web. Tingkatkan jualan dengan konfigurasi SEO yang betul dengan membuat banyak backlink yang berkualiti.

teknik seo

Balik kepada tajuk utama kita tadi, anda boleh lihat perbezaan kedua-duanya menerusi laman backlink ini. Daripada laman web ini, masukkan url laman web anda dengan menggunakan www dan bandingkan tanpa menggunakan www. Anda boleh tentukan yang mana lebih baik untuk digunakan sama ada menggunakan backlink dengan www atau tanpa www di laman anda dan rankingnya dalam google berbeza-beza…

Selamat mencuba..=)

Written by BroZooL

Azizul Azami Ibrahim aka BroZooL mempunyai 19 tahun pengalaman dalam bidang programming yang merangkumi Laravel, Javascript, Kotlin, ASP.Net, HTML, PHP, C#, VB.Net. Pernah bekerja sebagai IT Manager di Petronas selama 6 tahun dan sekarang adalah Usahawan Internet sepenuh masa.

23 Comments

Leave a Reply
    • Ya Nik Athirah, tanpa www atau dengan www semuanya akan redirect ke www juga. Tapi kita boleh sembunyikan www dengan sedikit tweak file .htaccess. Cuba nik athirah taip NikAthirah.com, ia masih paparkan www tersebut, tapi kalau taip blog saya, AzizulAzami.com, www tidak dipaparkan di bahagian URL di browser. Begitu juga kalau kita buat Internal Linking dalam web masing-masing, pastikan tiada www di hadapan kerana tanpa www ia lebih bagus dari segi Backlinking untuk ranking SEO

    • www ni bukan leh buang camtu jer bro..saya tak berapa pastila kalau ada cara nak buang www tu..cuma yg pasti,masa bro buat link sahaja tak perlu masukkan www tu..

  1. ini mmg aku tak tau.. skang baru tau.. ngaku kalau tak tau.. hehe… tapi aku mmg suka takde http://www.. menyusahkan.. itu je aku tau.. dulu blog aku pakai jomlaa.. haha bengong btul.. susah nak rank.. skang ni aku tukar wp.. tapi bukan blog yg ni adaakukesah la.. sbb blog AAK ni.. blog luah perasaan aku ikut dan je.. seo ape sume berterabor.. mmg aku kena release tensen aku kt blog gila aku ni.. aku ada sindorm tekanan internet.. addicted to tenet.. ni pun dh kategori ngarut ni.. komen cam tulis artikel

    • WP lagi senang nak pakai dan naik rank…
      Em, masing2 punya style la bro, bagi saya..kadang2 kita nak melepaskan tension dengan menulis blog dan baca blog orang lain..
      Daripada buat benda bukan2, lebih baik kita menulis blog dan berkongsi dengan orang kan..hehe..

  2. Bezanya?
    Satu ada www satu lg takde
    Satu senang taip satu lagi leceh sbb ada http://www... (just kidding)

    Betul tu bro.. ramai yg suka guna tanpa www atau diorang divert kan dr www ke tanpa www dan biasanya tanpa www backlink lebih tinggi berbanding dgn www.

    Nice!

    • Yap..memang betul kalau tanpa www backlink lebih tinggi, pakcik Google kan suka pendek2 ni, dia tak nak yg panjang2..hehe. Tips lagi utk orang lain, kalau buat link apa2 dalam artikel, pastikan tulis tanpa www di depan sbb backlink nya lagi tinggi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

lajukan broadband

Lajukan Broadband Dengan Command Prompt

Jadikan Notepad Diari 2014 Anda