Bagi Orang Yang Malas Bawa ThumbDrive!

23 226

Zaman teknologi ini macam2 perisian percuma yang orang inginkan, memang realiti manusia sukakan benda yang percuma termasuklah BroZooL sendiri..hehe. Salah satu perisian percuma yang berguna bagi orang yang malas bawa thumbdrive ke mana2 ialah DropBox. Secara ringkasnya, DropBox ini adalah satu perisian untuk menyimpan data secara online atau lebih dikenali sebagai Online Storage.

dropbox

Dropbox memudahkan anda untuk memastikan yang semua fail penting ada di mana-mana komputer yang anda guna, tanpa perlu email ataupun bawa thumbdrive.  Contoh macam BroZooL buat kerja di rumah, jadi BroZooL cuma masukkan fail-fail kerja tadi dalam dropbox, jadi di pejabat BroZooL cuma buka DropBox ini dan boleh sambung terus kerja tu sebab memang dia automatik sync dengan folder dalam komputer BroZooL. Anda tak perlukan sambungan internet yang stabil pun boleh, cuma upload dalam folder DropBox di komputer anda dan apabila anda pergi ke tempat yang sambungan internet lebih stabil, DropBox akan automatik mengesan folder2 anda tadi. Amat senang guna DropBox ni sebab anda tak perlu upload pun melalui internet sebab memang dia automatik akan upload sendiri.

Salah satu kelebihan DropBox lagi, anda boleh Share File dengan kawan2 anda dengan mudah. Contoh, kalau BroZooL nak kongsi apa2 fail, BroZooL cuma perlu letakkan fail tu dalam folder public kat dalam folder dropbox kat komputer BroZooL, kemudian orang yang BroZooL nak kongsi fail tu boleh buka folder public tu dan tengok benda yang BroZooL kongsi.  Tapi tak semua benda yang anda letak dalam folder dropbox orang boleh nampak, cuma fail yang diletak dalam folder public je, jadi kalau anda simpan benda-benda peribadi ia memang tak boleh dimasuki oleh orang lain.

BroZooL tulis ni berdasarkan pengalaman sebab BoZooL dah guna dropbox ni lama dah. BroZooL juga salah seorang pengguna Thumbdrive yang selalu cuai, kadang2 terlupa letak di mana dan hilang macam tu jer..:) Jadi, dengan adanya teknologi perisian yang canggih ini, BroZooL tak perlu bawa thumbdrive ke mana2 lagi..hehe.

Cara nak guna?

Senang je, anda cuma perlu register akaun kat DropBox dan boleh pilih sama ada nak akaun free ataupun berbayar. DropBox ada tawarkan akaun free dengan space 2GB, kalau berbayar ada 50GB dan 100GB.  BroZool pun guna yang free punya sebab tu pun dah cukup dah.

Kemudian download je application dropbox untuk sambungkan satu folder dalam komputer anda dengan storage kat dropbox, supaya bila anda masukkan apa2 fail dalam folder tu dia akan automatik upload.  Kalau masa tu tak ada internet, dia tak akan upload tapi bila bersambung je dengan internet dia terus upload.

Lagi satu, DropBox ada tawarkan tambahan Space sampai 8GB dengan syarat anda promosikan link anda sendiri kepada kawan2 anda. BroZool sendiri dah lakukan ini dan telah capai space 8GB 🙂

Dapatkan DropBox Di Sini.

23 Comments
  1. syuk_bk2 says

    nice BROZOOL, mintak kebenaran untuk share..

    1. Azizul says

      Silakan syuk..

  2. nuriz says

    saya tak penah cuba lagi ni.nak tau gak cemana caranya

    1. Azizul says

      Cuba nuriz..saya dah dapat 8gb percuma dah..=)

  3. sollehahn says

    dah lama nak gunakan cloud storage nih…..tp masalahnya tak suma pc aku ada internet connection….

    ada satu lg cloud storage free yang tak ramai org tau ; gmail, 2 gb…hohohoho…

    1. Azizul says

      Oh,yeke? saya pun tak tahu..hehe

      1. sollehahn says

        eh…skang bukan 2gb lg….dah 7.5 gb…hoho…

        not really a cloud storage pon…tp dia bg storage 7.5 gb utk email…so aku pun attach la file byk2, simpan kt email je…haha

      2. Azizul says

        Saya dah capai 10 GB bro,dia kata 8GB jer limit,tapi tak tahu kenapa boleh sampai 10 GB ni..memang senang guna ni kan bro?

  4. siramarakmal says

    salam..bro..banyak entri best la..boleh share tak entri ni? saya akan buat back link balik ke blog ni pada rujukan akhir

    1. Azizul says

      Wslm,xder masalahnya,silakan kalau nak share,kita sama2 kongsi ilmu..
      terima kasih singgah di sini..

  5. nadea says

    Wahh… bagus ni… nak kena download. TQ for sharing !

    1. Azizul says

      download, jangan tak download..=)

  6. AdaAkuKesah says

    kooool.. cayo lu bro!! terbaekk lah entry ni.. aku bagi 1000 like.. aku pung nk share kt blog aku..

    1. Azizul says

      thank you bro..nak share silakan..salam perkenalan dari saya..

  7. maya says

    maya suka sangat…terima kasih sharing….bukan ape pc kat u maya selalu bervirus…jadi bila nak print komfem masuk virus…huk2…

    1. Azizul says

      mekasih kembali maya..guna dropbox ni confirm tak kena virus..hehe

  8. uby says

    best 😀
    tp,ade kesan sampingan tak trhadap file2 ngn folder2 sume nt??

    1. Azizul says

      uby,jangan risau,insyaAllah tak ada kesan sampingan yang lain,baik untuk keselamatan dan kesihatan..hehe. Dalam folder public jer orang akan nampak data uby.Kalau uby tambah folder lain dalam nya, uby saje yang akan nampak folder tu..

  9. zulkiflimn says

    brozool, starting2 je kan ada 2 folder, public dengan photos. Folder photos tu org lain boleh nampak ke x? kalau kita create folder baru, adakah kita sorg je boleh tengok folder tu?

    1. Azizul says

      zulkiflimn,memang starting akan ada 2 folder, folder photos tu org lain takkan nampak,cuma dalam public jer orang akan nampak. Kalau tambah folder lain pun dalam dropbox tu, tak ada masalah..tambahle banyak mana pun sampai penuh space..cuma kita sorang je akan nampak folder tu, saya dah guna lama dah, insyaAllah selamat..:)

  10. ibnmasir says

    dh download..thanx.. mmg lg sng pki dropbox ni..hehe..

    1. Azizul says

      btl tu ibnmasir..nak lebih space perkenalkan pada kawan lain..atau boleh wat 2,3 akaun guna email yang berbeza…

Leave A Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.