Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Berita baik untuk yang putus cinta ataupun yang sedang kecewa dan seumpama dengannya ! Dalam artikel ini BroZooL nak kongsikan cara nak hack facebook dengan mudah ! Ya, hack Facebook ! BroZooL tak peduli apa orang kata dan hari ini BroZooL pun nak lepaskan geram…=)

Tak percaya ? Tengok bukti di bawah ini betul-betul…

Ini adalah Gambar Asal (Ruangan Login Facebook)

hack-facebook

Ini adalah Gambar setelah di Hack oleh BroZooL (Ruangan Login Facebook)

hack-facebook

Tak cukup bukti? Nah,ada lagi!

Ini adalah Gambar Asal (Ruangan Privacy Settings)

hack-facebook

Ini adalah Gambar setelah di Hack oleh BroZooL ( Ruangan Privacy Settings)

hack-facebook

Em, percaya sekarang kan? 

Jadi, berbalik kepada topik kita pada hari ini iaitu Hack Facebook. Bukan sahaja anda boleh Hack Facebook anda malah Facebook orang lain pun boleh. BroZooL tak kira, Polis nak tangkap ke apa ke, hari ini memang BroZooL agak g..i..l..a.. =)

Cara Hack Facebook dengan Mudah !

Langkah 1  : Pertama sekali buka laman Login Facebook, kemudian copy sahaja code di bawah ini :

javascript:document.body.contentEditable ='true'; document.designMode='on'; void 0

Langkah 2 : Kemudian, paste kan code ini di Address Bar dan tekan Enter. Pastikan perkataan “javascript” berada di hadapan code. Jika tiada, sila tulis semula ya.

hack-facebook

Langkah 3 : Kemudian, cuba ubahsuai tulisan-tulisan yang terdapat di ruangan Login Facebook tersebut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama untuk ubahsuai ruangan dalaman Facebook anda.

Macam mana,kawan-kawan? Teruja ? Senangkan ? Sebenarnya, bukanlah BroZooL kejam sangat sampai nak Hack Laman orang…=) BroZooL cuma nak dedahkan cara sesetengah orang yang ubahsuai laman-laman orang lain seperti Facebook untuk menjadikannya lebih menarik dengan cara mudah. Contoh macam gambar di bawah ni…

hack-facebook

Jangan marah kat BroZooL yer, Artikel ini hanyalah sebagai gurauan sahaja…=) Anda juga boleh melakukan kaedah yang sama pada laman selain Facebook dan boleh juga mengenakan kawan-kawan yang lain dengan mengatakan “Anda telah HACK laman mereka”… hehe.

Ops, jangan lupa Klik LIKE yer, insyaAllah BroZooL akan dedahkan teknik-teknik gempak yang lain pada masa akan datang jika ramai yang menyokong BroZooL.

Jumpa lagi..:)