Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ini BroZooL nak berkongsi dengan anda sekalian khususnya yang selalu berurusan dengan Microsoft Outlook untuk menghantar email. Kita sebagai manusia biasa akan biasa melakukan kesalahan sama ada tersalah hantar email pada orang yang salah ataupun tersalah tulis email. Jadi, atas permasalahan inilah BroZooL ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk memanggil semula dan memadam email outlook yang dihantar supaya orang yang menerima email tersebut tidak dapat membukanya. Proses memanggil semula email outlook yang dihantar ini dipanggil “Recall Message”.

Cara Nak Panggil Semula Email Outlook Yang Dihantar.

Langkah 1 : Buka email yang dihantar di bahagian Sent Items.

Langkah 2 : Pergi ke Menu bar di atas Microsoft Outlook dan pilih Menu Action – Recall this Message.

outlook

Langkah 3 : Akan muncul satu tetingkap baru sama ada untuk buang email tersebut atau ganti semula dengan email yang baru. Pilihan di tangan anda. Jika ingin buang email tersebut, tick kan pada “Delete Unread Copies of this Message” dan tekan OK.

outlook2

Senang sahajakan ? Dengan teknik ini, orang yang menerima email tersebut automatik tidak akan dapat membuka email yang dihantar. Namun, teknik ini menjadi jika orang yang menerima email tersebut masih belum sempat membuka email yang dihantar. Jika telah dibuka, memang tidak dapat diselamatkan..=)

Anda Suka Artikel Ini? Jangan Lupa Klik “LIKE” dan Tinggalkan Komen Anda Yer..=)