Laman Penulis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan dan rakan-rakan yang budiman…

“Orang kata..tak kenal maka tak cinta..”

Saya bukan suruh anda bercinta dengan saya..:) Saya cuma nak anda kenal saya lebih mendalam dan saya suka berkawan tak kira bangsa apa, dok mana, tak kawin lagi atau yang dah berkahwin..

azizulazami.com

Nama penuh saya, Azizul Azami Bin Ibrahim, rakan-rakan rapat saya lebih senang panggil saya dengan panggilan Joe dan ada yang gelar saya dengan nama BroZooL..tapi kawan-kawan lain ada juga panggil Azizul jer…

Saya adalah seorang graduan dari Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dan Komputer.  Saya dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dan seorang abang sulung daripada 9 orang adik-beradik.

Saya mempunyai pengalaman luas dalam bidang rekaan grafik dan bagi saya, kemahiran merekabentuk adalah berdasarkan kreativiti dalam diri, bukannya dari sijil kelayakan sebagai Graphic Designer atau Computer Engineering atau yang berkaitan dengannya. Saya mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam penggunaan Adobe Photoshop dan juga 10 tahun dalam bidang programming yang melibatkan HTML,  PHP, ASP.Net. Misi saya untuk menambah lebih ramai usahawan yang mempunyai serba sedikit pengetahuan IT dan internet serta menjana pendapatan internet. Laman blog ini diwujudkan sebagai media atau platform untuk saya berkongsi Ilmu IT, Ilmu Komputer, Ilmu Internet, Ilmu Bisnes dan Ilmu SEO.

Sokongan dan bimbingan daripada kawan-kawan, rakan-rakan seperjuangan dan cikgu-cikgu yang mengenali saya amatlah saya alu-alukan…

“Salam Perkenalan dari saya…”

Boleh saya kenal anda pula ? Komen di bawah dan kita rapatkan ukhuwah.

TINGGALKAN JEJAK ANDA

comment-avatar

*