Broadband anda dah habis Limit ? Broadband anda terasa lembab? Susah nak Buat Kerja Bila Broadband Anda Habis Limit?

Artikel kali ini BroZooL akan tunjukkan cara untuk lajukan broadband dengan Command Prompt. Hanya dengan menggunakan Command Prompt, Broadband anda akan laju semula. Tak Percaya? Cubalah baru tahu …=)

Cara untuk Lajukan Broadband dengan Command Prompt

 

Langkah 1 : Klik pada RUN di butang Start anda dan taipkan CMD.

lajukan-broadband-dengan-command-prompt

Langkah 2 : Setelah command prompt anda dibuka, taip IPCONFIG dan tekan ENTER untuk dapatkan IP broadband anda. Perlu diingatkan, IP ini tidak tetap untuk setiap Broadband. Jadi, setiap kali anda Connect ke Internet, anda kena ulang semula Langkah 1.

 

lajukan-broadband-dengan-command-prompt

Langkah 3  : IP anda akan kelihatan seperti dalam gambar di bawah. Pilih dan salin IP yang keluar di command prompt ini. Biasanya IP tersebut berada di bahagian atas.

lajukan-broadband-dengan-command-prompt

Langkah 4 : Teruskan dengan menaip ping IP ANDA -t di command prompt ini dan tekan ENTER. Biarkan command prompt ini berjalan sepanjang anda online. Jika anda mendapati dengan tiba-tiba keluar “Request Timed Out” di command prompt ini, ini bermakna connection anda telah terputus. Anda dikehendaki mengulangi semula Langkah 1.

Cara Menulis

Contoh IP anda ialah 192.168.0.106
Taip : ping 192.168.0.106 -t

lajukan broadband

Selesailah sudah teknik mudah ini. Cuba rasakan perbezaannya dengan guna kaedah lajukan broadband dengan command prompt ini. BroZooL harap lebih ramai yang menggunakan broadband akan dapat lihat artikel BroZooL ni dengan tak ada sebarang masalah..=)