Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Artikel ini merupakan kesinambungan dari Artikel BroZool sebelum ini iaitu, Lajukan Blog Tanpa Plugin. Disebalik menggunakan secara Manual seperti dalam Artikel BroZooL sebelum ini, kebanyakan blogger lebih suka untuk menggunakan plugin-plugin yang percuma dalam WordPress Self Hosted masing-masing.

Tapi, terlampau banyak plugin pun boleh memberi kesan pada blog juga. Namun, ada beberapa plugin yang BroZooL boleh syorkan untuk melajukan blog anda lagi. Walaupun terdapat lambakan plugin untuk melajukan web namun tidak semuanya boleh dipakai. Jadi mesti benar-benar tahu plugin mana yang boleh dipakai. Ramai blogger otai WordPress menyarankan 3 plugin berikut dalam melajukan blog wordpress. Jom kita lihat apakah ia dan cara melakukan settingnya!

Langkah 1 : Install WP-Minify.

Plugin ini akan mengecilkan JavaScript, HTML, CSS file dan sebagainya yang terdapat di blog anda.

Cara Setting: Pergi ke Setting Sidebar dan ikut seperti dibawah.

wpminify-screen

 

Langkah 2 : Install Plugin W3 Total Cache.

Cara Setting: Pergi ke Sidebar-Performance-Page Cache dan ikut seperti dibawah.

w3totalcache-screen

Seterusnya pergi pula ke Browser Cache dan ikut seperti dibawah.

w3totalcache-screen2

Setelah anda install plugin ini anda akan diminta supaya Empty the Cache. Jadi silalah Empty the Cache anda .

Langkah 3 : Install WP Smush.it.

Plugin ini akan mengoptimumkan imej yang anda upload dan setelah ia diinstall tidak memerlukan apa-apa setting.

BroZooL juga dapat informasi berguna ini daripada sahabat seperjuangan BroZooL dalam dunia Blogger ini, Mr. Kerro. Pada mulanya, BroZooL telah fikir untuk memasukkan artikel ini dahulu tapi disebabkan agak sibuk kebelakangan ini, BroZooL terlepas..hehe. Tapi, inilah sebenarnya dunia blogger, kadang-kadang apa yang kita terfikir, dah ada orang lebih cepat daripada kita dan kadang apa yang kita kongsi, dah ada orang lain yang kongsi dahulu. Kebanyakan semua benda yang sama jer, tapi dengan cara masing-masing la.

Namun BroZooL tidak salahkan Mr. Kerro, memang sahabat BroZooL ni tak kurang hebatnya. Sepatutnya BroZool tak perlu cakap, siapa buat dahulu dan siapa yang cepat kan? =) Apa yang penting kita berkongsi ilmu dengan ikhlas. Apa-apapun, terima kasih pada MR. Kerro atas tips yang baik ini. Cubalah anda layari Blog beliau dengan tips-tips yang lebih hebat dari BroZooL.

Sebagai tambahan daripada BroZooL, untuk menggunakan Plugin WP Smush.it , kalau jumlah Artikel yang sedikit serta gambar yang sedikit, memang mudah untuk kita Smush satu persatu gambar yang terdapat di dalam blog kita, namun jika terdapat banyak artikel dan gambar, BroZooL terjumpa satu plugin yang boleh digunakan untuk ReSmush sekaligus semua gambar yang terdapat di blog anda iaitu, AJAX Thumbnail Rebuild. Cuma install dan Generate Automatik semua gambar di dalam blog anda.

rebuild

Anda suka Artikel ini ? Jangan lupa klik “LIKE dan tinggalkan komen anda yer..

p/s: Blog BroZooL pun sebenarnya masih dalam proses testing untuk melajukan lagi..hehe. Lajukan Blog ni bergantung pada banyak faktor sebenarnya. Kalau sekiranya anda rasa blog BroZooL ni ada yang tak kena atau pun masih lambat, harap2 faham la ya…=), InsyaAllah BroZooL akan datang dengan tips2 yang lebih baik lagi..