Lajukan Blog Dengan Link Yang Betul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ini BroZooL ingin berkongsi dengan anda sekalian bagaimana untuk lajukan blog dengan link yang betul atau dengan perkataan lain, bagaimana nak pastikan setiap connection link yang anda buat di blog anda adalah betul atau tidak? Ramai yang tidak tahu perkara ini sebenarnya dan kali ini BroZooL nak buka rahsia ini di mana, dengan cara ini anda akan rasa perbezaannya. Tips ini berguna untuk melajukan WordPress dan melajukan Blogspot.

link2

Perhatikan setiap link yang anda lakukan di blog anda atau semasa anda membuat link baru…kebiasaannya mesti anda akan lakukan seperti ini…

BUKA
<a href=”http://www.azizulazami.com”> ATAUย <a href=”http://www.azizulazami.com/file”>

Sebenarnya link yang anda lakukan itu betul tapi caranya salah. Cara ini sebenarnya akan melambatkan proses pengecaman Server untuk mencari link tersebut dan juga menambahkan ruang code di blog anda.

Jadi, bagaimana untuk membuat link yang betul dan seterusnya melajukan blog? Di bawah ini disenaraikan beberapa link yang salah dan link yang sepatutnya anda lakukan untuk lajukan blog anda. Cuba perhatikan perbezaannya dan guna sepenuhnya.

CARA MASUKKAN LINK (UNTUK LINK LUAR SAHAJA)

<a href="http://www.azizulazami.com"> ........ SALAH
<a href="http://www.azizulazami.com/"> ....... BETUL

<a href="http://www.azizulazami.com/file"> ... SALAH
<a href="http://www.azizulazami.com/file/">... BETUL

CARA KURANGKAN RUANGAN CODE (UNTUK LINK DALAMAN SAHAJA)

<a href="http://www.azizulazami.com">......... SALAH
<a href="/">.................................. BETUL

<a href="http://www.azizulazami.com/file">.... SALAH
<a href="/file/">............................. BETUL

<a href="http://www.azizulazami.com/file.html">... SALAH
<a href="/file.html">............................. BETUL

<a href="http://www.azizulazami.com/file/file.html">.. SALAH
<a href="/file/file.html">............................ BETUL

Daripada link yang BroZooL senaraikan, penggunaan tanda “Slash” atau “/” memainkan peranan yang penting di hadapan dan di hujung code anda. Tanda “/” inilah yang akan membawa Server terus mengecam destinasi yang anda hendak tuju dan mencari link tersebut. Cuba anda buat link seperti yang anda buat sebelum ini dan cuba buat seperti yang BroZooL sarankan, dan perhatikan perbezaan kelajuannya apabila sesuatu link itu dibuka.

Rasanya dah ramai yang tahu untuk membuat link kan? Jadi, BroZooL rasa tidak perlulah BroZooL sediakan screenshot untuk membuat link dan di mana sepatutnya untuk mencari code link anda. Tapi,kalau ada masalah, boleh hubungi BroZooL yer..

Anda Suka Artikel Ini ? Jangan Lupa Klik “LIKE” dan Tinggalkan Komen Anda Yer..=)

TINGGALKAN JEJAK ANDA

comment-avatar

*

CommentLuv badge