Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…

Kali ini BroZooL nak berkongsi dengan Blogger-blogger yang lain salah satu teknik untuk melajukan blog tanpa menggunakan plugin. Teknik lajukan blog anda tanpa plugin ini sebenarnya khas untuk pengguna WordPress Self-Hosted sahaja. Untuk pengguna Blogspot, insyaAllah  kalau berkesempatan, BroZooL akan cuba juga bagi tips-tips yang baik pada masa yang lain. Kebanyakan blogger yang menggunakan WordPress khususnya biasa menggunakan bermacam-macam plugin untuk melajukan blog mereka. Namun, bagi BroZooL sendiri, jika terlalu banyak sangat plugin dalam satu-satu blog, akan menambahkan lagi loading blog disebabkan semua plugin tersebut akan mengekstrakkan banyak code dalam satu-satu masa.

fast

Jadi, jalan penyelesaiannya, kadang-kadang kita memerlukan satu teknik manual tanpa menggunakan plugin lebih-lebih lagi untuk melajukan blog. Banyak cara sebenarnya untuk melajukan blog ni dan kelajuan blog ni bergantung pada banyak faktor. Artikel kali ini bolehlah dikira sebagai Bahagian 1 daripada BroZooL sendiri. InsyaAllah akan menyusul beberapa tips lain yang seumpama dengan Artikel ini. Nantikan kemunculannya yer…=)

Bagi pengguna WordPress Self-Hosted, semestinya mempunyai akaun CPanel sendiri dan kita akan cuba menggunakan CPanel sepenuhnya dalam hal ini untuk melajukan blog. Secara ringkasnya, teknik ini akan menggunakan PHPMyAdmin yang terdapat di dalam CPanel. Kebanyakan pengguna WordPress mungkin takut untuk melakukan teknik manual ini kerana takut melakukan kesilapan, tapi jangan risau, kalau anda ikut langkah demi langkah yang BroZooL tunjukkan betul-betul, InsyaAllah anda akan berasa selamat dan yakin untuk melakukannya.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, biar BroZooL bagi penerangan sikit kenapa kita perlu melakukan teknik ini ? Secara asasnya, setiap kali kita update Artikel terbaru dan berlakunya proses penerimaan komen dari luar, struktur Database SQL di dalam Cpanel dan sekaligus semua pangkalan data kita akan jadi berubah-ubah. Jadi, melalui aplikasi PHPMyAdmin di dalam CPanel ini, kita boleh menyusun semula pangkalan data kita atau lebih tepat kemaskini semula struktur Database SQL kita dan secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi kelajuan loading page.

Langkah 1 : Masuk atau Login ke CPanel anda dan cari PHPMyAdmin di dalamnya.

phpmyadmin

Langkah 2 : Dalam PHPMyAdmin, lihat di sebelah kiri PHPMyAdmin anda terdapat senarai Database yang ada dalam domain anda, pilih Database yang digunakan oleh domain anda dan klik pada database tersebut. Dalam contoh ini, BroZooL klik pada Database BroZooL iaitu azizulaz_blog.

phpmyadmin1

 

Langkah 3 : Kemudian, anda akan dapat lihat senarai Database dalam domain anda, scroll tetikus anda hingga ke akhirnya dan klik pada Check All.

phpmyadmin2

Langkah 4 : Di bahagian sebelah Check All tersebut, terdapat satu Menu pilihan untuk anda lakukan teknik seterusnya. Pilih Menu Optimize Table dan perhatikan apa yang  berlaku.

phpmyadmin3

Langkah 5 : Sekaligus, semua pangkalan data anda telah dioptimakan secara automatik dan data anda telah dikemaskini dan lihatlah hasilnya.

phpmyadmin4

Senang dan mudahkan ? Anda digalakkan untuk kerap melakukan teknik ini lebih-lebih lagi selepas update blog anda dan menerima komen dari luar, Jadi, anda tidak perlu plugin lagi untuk melajukan blog anda atau lebih tepat lagi mengoptimakan blog anda. Cuba lihat hasil kerja anda dan cuba buka blog anda. Pasti anda akan rasa perbezaannya.

Anda suka Artikel ini ? Jangan lupa klik “LIKE dan tinggalkan komen anda yer. Jumpa lagi di Bahagian lain..=)