Hadiah Khas Untukmu Guru !

Salam hormat kepada guru-guru dan bakal-bakal guru, saya di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, mentor, sifu, tok guru dan sahabat-sahabat yang bergelar guru atau cikgu yang telah mengajar dan mendidik saya erti kehidupan, erti disiplin, erti ilmu dan pengetahuan dan segala-galanya. Terima kasih guru dan terima kasih cikgu !

Selamat Hari Guru diucapkan terutamanya kepada ayahanda tercinta yang juga merupakan guru saya di rumah, di sekolah dan guru di mana-mana sahaja saya berada. Tidak lupa juga kepada semua guru di Malaysia tidak kiralah yang yang menjadi guru sepenuh masa ataupun seorang guru Tuisyen. Allah sahaja yang dapat membalas jasamu GURU ! 

Jadi, bersempena Hari Guru ini, anak didikmu ini ingin menghadiahkan sebuah lagu khas untuk Guru. Hanya ini sahaja yang mampu anakanda dedikasikan kepadamu GURU !

TINGGALKAN JEJAK ANDA

comment-avatar

*

CommentLuv badge