Artikel sebelum ini BroZooL dah dedahkan cara nak hack Facebook tapi dalam artikel kali ini BroZooL ingin dedahkan cara nak dapatkan Facebook ID sendiri pula. Mungkin ada yang dah tahu untuk dapatkan Facebook ID sendiri dan mungkin juga masih ada yang tak tahu.

Salah satu kegunaan Facebook ID ini adalah untuk memudahkan orang lain atau pelanggan yang ingin menghantar mesej kepada kita sama ada melalui Facebook Personal atau Facebook Fan Pages. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah :

Cara Nak Dapatkan Facebook ID Sendiri.

 

Langkah 1 : Buka link ini terlebih dahulu | Facebook ID.

Langkah 2 : Masukkan Facebook URL  anda sama ada personal atau fan pages dan klik pada Lookup Numeric ID.

Langkah 3 : Anda akan dapat lihat Facebook ID anda terpapar di situ dan copy ID tersebut.

cara nak dapatkan facebook id

 

Langkah 4 : Untuk membolehkan pelanggan menghantar mesej ke anda, taip seperti berikut dan berikan kepada pelanggan anda.

https://www.facebook.com/messages/FbIDAnda

Senang sahaja kan? Kongsikan dengan rakan anda cara mudah ini untuk dapatkan Facebook ID.