Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dalam artikel kali ini BroZooL ingin berkongsi cara paling mudah untuk buang komen spam yang terlampau banyak masuk ke blog anda seperti gambar di bawah :

buang komen spam yang terlampau banyak

Komen spam yang terlampau banyak ini berlaku apabila pemilik blog sendiri jarang mengemaskini blog, maka banyaklah komen spam yang akan masuk. Banyak cara untuk mengelakkan komen spam ini berleluasa di blog anda. Salah satunya dengan menggunakan plugin Growmap Anti Spambot Plugin dan pasang di blog anda. 

Berbalik semula ke topik kita pada hari ini untuk buang komen spam yang terlampau banyak. Agak susah dan memenatkan kalau kita ingin membuang satu persatu komen spam yang terlampau banyak ini. Namun, BroZooL ada penyelesaian yang mudah untuk buang komen spam yang terlampau banyak ini sekaligus dengan hanya satu klik. Ikuti langkah di bawah…

 

Cara nak buang komen spam yang banyak

 

Langkah 1 : Login ke ruangan CPanel anda dan cari PHPMyAdmin di bahagian Database.

buang komen spam yang terlampau banyak

 

Langkah 2 : Lihat di sebelah kiri PHPMyAdmin dan pilih Database blog anda.

buang komen spam yang terlampau banyak

 

Langkah 3 : Klik pada Database tersebut dan lihat di sebelah kanan, cari perkataan yang bertulis comments. Anda hanya perlu klik pada Empty seperti dalam gambar di bawah dan segala komen spam yang beribu-ribu tadi akan hilang serta merta.

buang komen spam yang terlampau banyak

Siap dan senangkan? Selamat mencuba …=)