Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahukah anda apa bezanya Laman Web dengan www di depan dan tanpa www di depannya ? Sebagai contoh, http://www.azizulazami.com/ dan http://azizulazami.com/, apa bezanya ?

Merungkap permasalahan inilah, sebagai informasi kepada anda yang masih belum mengetahui hal ini, BroZooL akan menerangkan serba sedikit beza laman web www dan tanpa www. Secara amnya kedua-duanya adalah sama dan menuju pada laman web yang sama namun persoalannya adakah ia akan memberi kesan apa-apa yang kita tak nampak?

azizulazami.com

Walaupun kedua-duanya menuju ke laman web yang sama, tapi sebenarnya yang membezakannya ialah backlink bagi kedua-duanya. Senang kata, backlink ini sebenarnya adalah mana-mana link yang diterima daripada sesuatu laman web. Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

1.  Internal Link dari laman yang sama. Contohnya, Blog BroZooL mempunyai Artikel 1, Artikel 2 dan Artikel 3. Dan Internal Link berlaku apabila di Artikel 3, ada link untuk pergi ke Artikel 2 dan Artikel 1. Sebagai contohnya, BroZooL link kan Artikel ini dengan Artikel BroZooL sebelum ini : Lajukan Blog dengan Code Mudah.

2. External Link : External Link ini merupakan link yang diterima masuk dari laman luar. Contohnya, BroZooL link kan blog ini dengan blog sahabat BroZooL, SifuArif. Secara tak langsung, SifuArif akan menerima baclink daripada BroZooL.

Proses inilah dikenali sebagai backlink dan kebiasaanya backlink dirujuk sebagai salah satu proses dalam tingkatkan Search Engine Optimization (SEO) sesuatu blog dan backlink ini amat penting untuk tujuan menaikkan Ranking sesuatu laman web. Tingkatkan jualan dengan konfigurasi SEO yang betul dengan membuat banyak backlink yang berkualiti.

teknik seo

Balik kepada tajuk utama kita tadi, anda boleh lihat perbezaan kedua-duanya menerusi laman backlink ini. Daripada laman web ini, masukkan url laman web anda dengan menggunakan www dan bandingkan tanpa menggunakan www. Anda boleh tentukan yang mana lebih baik untuk digunakan sama ada menggunakan backlink dengan www atau tanpa www di laman anda dan rankingnya dalam google berbeza-beza…

Selamat mencuba..=)